Thursday, December 9, 2010

Ntah bila dapat kembali..


10 November 2010 - Jumaat

Bangun subuh terasa berat sekali.. kemudian kedengaran ayat Al-Quran di speaker.. maka dikuat kan hati untuk bangkit segera sebelum lena kembali.. Alhamdulillah kuasa Allah, Allah masih sayang kita.. masih idiberikan nafas untuk melangkah ketikar sejadah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Selepas selesai solat subuh, selesai bacaan Ma'thurat dan Hadis dari imam tangan bersalaman kemudian segera laksanakan rutin yang tidak berapa harian sedih rasanya. Kemudian bersandar pada tiang yang masih kosong. Apa yang pernah terdengar, ada 4 amalan yang digalakan untuk selepas solat subuh:

pertama: Berdoa
kedua: Berzikir
ketiga: Baca Al-quran
terakhir: Bertafakur (berfikir apa aktiviti nak buat pada hari tersebut)

-Indahnya menjadi muslim, terima kasih radio IKIM atas info diatas (sudah lama tak dengar)-

Selepas selesai apa yang hendak dilaksanakan, teringat kembali perbualan dengan bersama seorang senior, " Duduk di 3rd lagi ke?" nampak senior itu seperti tergesa-gesa segera saya menjawab "Aah di 3rd lagi" Pesananya sebelum pergi "Owh..baguslah.. jangan lupa untuk menghidupkan surau 3rd ya" terpana rasanya dan mengiyakan sahaja pesanan itu.

Terasa sayang untuk meninggalkanya. disinilah aku bertemu sebuah kehidupan, terlalu banyak hikmah yang diterima disini. Disini aku bertemu sahabat-sahabat (tak kira muslimin atau muslimat) yang banyak membantu dalam membimbing hati yang tak istiqamah ini. Disamping bergurau senda, bermesyuarat bersama, saling tegur menegur dengan hikmah terasa nikmat-Nya. Terima kasih banyak-banyak.

Disini insan berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah. Semua saling bantu membantu, setiap masalah dihadapi bersama. Ada seorang junior bertanya "saya ingat masuk universiti ni dah tak boleh nak berkumpul lagi" segera dijawab "selagi surau masih wujud, selagi itu manusia boleh berkumpul untuk merapatkan ukhwah". Tapi berapa banyak manusia yang masih tidak mengambil kesempatan itu, lebih berminat mencari lain daripadanya.

Melihat jam didinding sudah terlebih masa, keadaan disini tidak mengizinkan untuk lama berada disini, ditakuti menggangu insan lain yang lalu lalang dihadapan ni. Tetapi seperti tidak mahu bangkit dari kedudukan ini. Dilihat puas-puas sekeliling tempat yang seperti mengimbau sejarah yang mungkin tidak dapat dikembali, hanya ingatan sebagai kenangan.

Akhirnya terpaksa juga dilepaskan, sebelum pintu ditutup ini dan dan dikunci, sempat mata ini hinggap di jam elektronik. Terima lah segala ketentua-Nya. Sebelum berlalu pergi, sempat mata menoleh kembali kearahnya, kemudian kembali memandang menara rebong TM yang mungkin tidak dapat ditemui pemandangan seperti ini lagi ditempat lain. Ketika menuruni tangga..sempat lagi mata kembali menjengah kearahnya untuk kali terakhir, terima hakikat ia perlu dilepaskan untuk generasi akan datang.

Sangat diharapkan, sahabat-sahabat lain yang masih ada meneruskan kesinambunganya, hidupkan lah ia sepertimana mana perlunya kita ini manusia untuk terus hidup. Ntah bila dapat kembali...

Monday, December 6, 2010

Praktikal..


Assalamualaikum wbt..

Semester depan dah mula LI..
Sekejap je rasanya berada di bumi UM..
Lepas ni nak kena pergi Melaka buat praktikal disana

Pernah merasa praktikal masa diploma, dekat.. di Klang
Pengalaman berkerja di syarikat pun ada la sikit2 untuk perjalanan hidup.. di Shah Alam
Kali ni kena berhijrah ke Melaka (Ayer Molek) mencari pengalaman yang lain dari biasa..

Moga perjalanan di berkati
Usaha ini dirahmati
Diharapkan kesungguhan itu nanti insya Allah hanya untuk Ilahi..
Sang Penciptan Langit dan Bumi..

gambar sebagai perhiasan utk peringatan diri sendiri

Thursday, December 2, 2010

Masih ada CInta..

"Jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya." Itulah ungkapan cacian dan hinaan yang dilakukan sehari-hari oleh seorang pengemis buta yahudi di satu sudut Madinah, Bukan punya marah dia dengan Muhammad kekasih Allah..

Datang Rasulullah setiap pagi dengan membawakan makanan untuk pengemis buta yang menghinanya. Rasulullah tidak berkata sepatah pun. Malah Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis buta itu. Sedangkan pengemis itu tidak mengetahui tangan mulia yang menyuapinya itu adalah Rasulullah, kekasih Allah – insan yang selalu dia caci dan hina setiap hari.

Rasulullah saw melakukan hal ini setiap hari sehingga beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah saw, tidak ada lagi manusia yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari Abu Bakar mengunjungi kerumah anaknya Aisyah, merupakan isteri Rasulullah. Maka Abu Bakar bertanya kepada anaknya “Wahai Anakku, adakah ada lagi kebiasaan Rasulullah yang masih belum aku kerjakan?”

Aisyah menjawab, "Wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja."

“Apakah Itu?" tanya Abu Bakar kehairanan. Ia terkejut kerana merasakan sudah mengetahui kesemuanya bagaimana kebiasaan Rasulullah semasa hidupnya.

"Setiap pagi Rasulullah selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana," kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar RA bergegas pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar mendatangi pengemis itu lalu diberikan makanan itu kepadanya. Saat Abu Bakar mula menyuapkan makanan kepada pengemis itu, si pengemis itu memarahinya sambil mengherdiknya, "Siapakah kamu ?"

Abubakar menjawab, "Aku orang yang biasa mendatangi mu."

"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," bantah si pengemis buta itu dengan marah " Dia apabila datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku, tapi terlebih dahulu dilembutkan makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku."

Abu Bakar tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada si pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa mendatangimuu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya. Orang yang kau maksudkan sudah tiada di dunia ini. Dia adalah Muhammad Rasulullah saw."

Seketika itu juga terkejut si pengemis itu. Dia pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... " Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah di hadapan AbuBakar saat itu juga dan sejak hari itu si pengemis itu menjadi Muslim.

(p/s: Jika diakhir pengkisahan ini ada rasa sebak atau mengalir air mata tanpa disangka, percayalah, tandanya ada masih rasa rindu, kasih, cinta kamu pada Rasulullah SAW. Tidak rugi mendengar berulang kali membaca kisah Nabi kita Muhammad SAW.. walaupun kita tahu akan penghujung kisahnya. Dan ingatlah Nabi kita Muhammad SAW sangat sayang kepada sehingga hari kiamat..dan ingin sekali umatnya semua masuk syurga bersamanya)

Friday, November 26, 2010

"Exam" Allah Penebus Dosa..

Melihat kan sahabat yang yang dua tiga hari lepas sudah berbeza kini, Alhamdulillah sihat tubuh badanya apabila lepas melalui "Exam" Allah.. ini bermakna dua exam sahabat nie lalui, 'exam' dari Allah dan exam daripada manusia, tapi hakikatnya dua-dua datang dari Allah..

Kembali kepada sahabat saya yang selepas pulang sahaja dari kampung, telah mendapat ujian Allah, nikmat kesihatan ditarik sebentar oleh Allah untuk diuji keimananya kepada Allah iaitu ujian kesakitan, melihatkan seperti susah hendak bangun apabila sudah baring, bila nak duduk mesti nak baring juga, macamana tu, sandar je la mana yang patut..kesian diperhatikan hanya tolong mana yang mampu..

Pada ketika itu nak study punya pasal sahabat masih nk study juga, tapi atas katil..alamatnya..nk study nak taknak je, kejap2 bangung-bangun..tengok note, tertidur balik..letih agaknya..pastu menangung kesakitan lagi..otak dalam kepala pun munkin tak dapat mendalam untuk berfikir..

Apabila azan berkumandang disurau..agak lewat dia sadar, dan agak lewat dia buka matanya untuk melawan musuh Allah dalam ujian tersebut..masih digagahkan juga, di kuatkan kudrat untuk berjalan ke surau, walaupun perlahan.. naik tangga pun macam orang tua..selepas sembahyang..pergi ketempat paling belakang baring sambil terkumat kamit, mungkin berzikir agaknya..dah lama tu tertidur..sampai azan seterusnya..Masya Allah.. masih ada lagi kekuatan yang Allah berikan, walaupun bertarung dengan kesakitan...dan Exam..

Sepengatahuan saya mungkin esok atau lusa sahabat exam, bila diberitahu exam paper lusa..Allahmdulillah sahabat kini sihat walaupun taksepenuhnya.. masih seperti dahulu walaupun sakit ke, sihat ke,,tetap masih Allah diharapkan penunjuk jalan...

Bagaimana dengan kita..kita manusia ni baru dapat sedikit ujian , "sudah mula menyemburkan api ke langit" (ni lebih kurang macam pepatah) maksudnya mengeluh...mengeluh dengan siapa kita sebenarnya.. Kita tidak sedar, kita sebenarnya mengeluh dengan Allah, bila kita mengeluh sepertinya kita tidak bersyukur dan redha atas apa yang di ujian kan kepada kita.. Ingatlah kita hidup tak lama..esok lusa, kot-kot lepas kita exam, baru menghabiskan perkataan terakhir kita di kertas peperiksaan, kita telah dijemput oleh Allah..Waallahualam..

"Manusia yang paling Bijak, adalah Manusia yang selalu mengingati Mati"


Tuesday, November 16, 2010

Lembayung Ilahi..

Post kali ni tentang tajuk khutbah Eid Adha di Masjid Ar-Rahman.. Semester ni special sikit tak sambut di Kampung..nak merasa beraya di perantauan (perantau la sangat ya..

Lembayung Ilahi simbolik kepada tuntutan yang dilaksana oleh segelintir manusia yang berpeluang melaksakan Ibadah Haji di Kota Suci Mekah.. Tidak semua berkesempatan dapat pergi..hanya yang terpilih oleh Allah untuk menjadi tetamu istimewa-Nya.. Ibadah ini menuntut pegorbanan dari segi harta, tenaga, masa dan berkaitan dengan lah, bukan semata-mata sembelih lembu atau kambing sahaja ya..

Pengorbanan mengajar manusia erti kasih sayang antara manusia, kerana nilai pengorbanan yang yang dituntut dalam Islam amat besar nilainya disisi Allah.. Tanpa pengorbanan tidak akan mungkin Islam akan sampai ke Bumi Malaysia seperti yang dilaksanakan oleh sahabat-sahabat Rasulluallah sehingga pengorbanan mereka kita boleh lohat sehingga kini seperti hasil dakwah ke negara China..Indah kan pengorbanan tu..

Tapi malangnya manusia hanya mengenal erti pengorbanan masa Raya Eid Adha sahaja.. Masa tu lah lembu berlori-lori singgah ke masjid-masjid menghantar lembu utk dikorbankan.. Sampai ke tidak ke mereka yang benar-benar layak menerimanya.. tidak salah mereka yang kaya sekalipun untuk menerima daging korban tersebut.. tapi mungkin ada insan lain yang hanya mampu makan daging setahun sekali je..masa Raya Korban ini lah.. Tapi ada juga yang tidak peduli..yang penting perut mereka berisi.. "kenapa pulak nak fikir pasal orang lain, sebab orang lain pun tak fikir pasal kita"..mhmm.. Kesian

Dikisah pada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah seorang raja ketika itu telah menyamar menjadi seorang rakyat biasa yang miskin seperti bermusafir..dijadi kan cerita raja ini telah singgah di sebuah rumah yang sederhana kehidupanya..setelah dibenarkan masuk oleh tuan rumah, anak didalam rumah tersebut diarahkan oleh si ibu untuk menghantar makanan daging kerumah jiran sebelahnya.. apabila sampai kerumah jiran..jiran tersebut tidak mahu menerimanya kerana mereka tidak layak merimanya dan ada yang lebih layak untuk menerima pemberian tersebut, si anak pergi kerumah sebelah pula, alasan yang sama juga diterima sehingga kerumah jiran yang seterusnya sehingga sampai kerumah si anak itu sendiri.. Sayu dilihat raja itu akan pengorbanan rakyat kepada saudara islam mereka

Nampakkan kerana ikatan kasih sayang manusia, mereka sanggup berkorban untuk insan lain. Itulah kasih sayang yang Nabi Allah ajar pada kita..bukan memenuhkan perut sediri... banyak lagi cerita pengorbanan lagi2 dalam cerita perang zaman pemerintahan Islam.. Banyak2 sangat

Adakah sikap pentingkan diri sendiri masih beraja dalam diri kita? Fikir-fikirkan lah... Koreksi diri, hiasi peribadi. Wallahualam..

Friday, November 12, 2010

Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh



Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sultan Muhammad Al-Fateh sempat mengungkap wasiat yang amat berguna kepada anaknya. Demikian wasiatnya,


“Ayahnda bakal menghadap Allah SWT. Sedikit pun ayahnda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua ini telah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahnda pergi sudah ada penggantinya. Ayahnda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yanga adil. Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama Islam sebab itu adalah kewajiban raja-raja Islam. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan lain. Jangan lah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan agama. Jangan kamu lantik mereka yang tidak beragama menjadi pembantumu. Jangan kamu lantik mereka yang melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan yang penting. Hindari bidaah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkanya. Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali sesuai dengan peraturan Islam


Ayahnda berwasiat kapadamu anakndaku, hormatilah ulama. Jangan sekali-kali kamu lakukan perbuatan yang menyalahi dan bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama.


Kamu ambil pengajaran dari perjalanan hidupku. Ayahnada dilahirkan didunia ini seperti semut kecil. Kemudian Tuhan kurniakan kepada ayahnda nikmat-Nya yang bergitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah. Jangan kamu boros membelanja harta Negara dengan berfoya-foya ataupun bersenang lenang ataupub kamu gunakan lebih daripada yang sepatutnya sebab itu membawa kepada kehancuran kerajaanmu.”


Selesai berwasiat Sultan Muhammad Al-Fateh mengucapkan kalimah syahadah lalu menghebuskan nafasnya yang terakhir.


Walaupun wasiat ini khas diucapkan oleh anaknya..tetapi tempias dan tanggungjawab yang terkandung dalam wasiat sewajibnya kita laksanakan apabila kita digelar pemimpin samada sebagai pemimpin diri sendiri, keluarga, sahabat dan masyarakat.. Tapi malangya amat sangat kurang sekali dilaksanakan..kenapa? mungkin kerana kita lupa untuk mengingati sejarah yang sangat memberi pengajaran… Mungkin.. maka fikir-fikirkanlah… Wallahualam…

Tuesday, November 9, 2010

Tukar Nama Lagi...


Insha Allah ini adalah nama yang saya rasa terbaik di atas blog insan kerdil ini.. banyak kali juga tukar-tukar tiada yang menepati citarasa..

Akhirnya..selepas berakhirnya pembacaan kisah sejarah pejuang beliau.. ambil keputusan pinjaman nama ni.. agar dapat kita sama-sama merasai perjuangan beliau.. yang banyak kita boleh ambil iktibar.

Sultan Muhammad Al-Fateh yang di riwayatkan oleh Rasullullah kita sebagai ketua yang baik, mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik.. maka tertawanlah kota Konstantinepal semasa dibawah pemerintahannya..

Walaupun mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Kerajaan Uthmaniah tetapi sangat kuat beragama, paling rendah diri dengan sifat ketakwaanya dikalangan orang bawahanya.. Jika dibaca kisah perjuangan beliau ada gelak ketawa, dan dalam masa yang sama menitiskan air mata.. kerana tindakan dan keputusanya...

Jika ada kesempatan kita sama-sama membaca kisah-kisah sejarah pemimpin agung Islam yang mana boleh mengaktifkan roh Jihad kita Kerana Allah...Allahuakbar....

Saturday, November 6, 2010

Tunjukkan Islam itu Indah...


Masih terdapat lagi umat Islam yang malu untuk mempamerkan agama Islam yang mereka pegang.. Hakikatnya Islam itu untuk dipamerkan dan ditunjukkan kepada orang bukan Islam betapa indahnya Islam..dan bukan indah atas nama sahaja.

Islam sangat menekankan soal ibadat..ada ibadat yang perlu kita pamerkan contoh, Fardhu Haji, solat lima waktu, Zakat..semua ini kita kena tunjukkan, tapi ada yang beranggapan ditakuti akan mendatangkan sifat riak.. ini lah tanda syaitan sedang menghasut dan menggoda kita.. jika ini terjadi abaikan sahaja, istiqamah laksanakanya..insya Allah sifat itu akan beransur hilang..biarlah apa orang nak kata..

Dari segi pakaian..mhmm..macam-macam gaya ada... tidak salah mengikut trend..tapi ikutlah trend yang berlandaskan Islam, dari segi tudungnya, labuhnya sampai takat mana..saiz baju longgar macam mana... lelaki pun macam itu juga..tak ada salahnya main bola pakai seluar panjang...kalau kita betul hendak menang..ikut cara untuk menang dengan Islam..setiap kemenangan datang dari Allah..bukan semata-mata dari kita hamba yang hina... Wahuallam...ingatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat...:)

Sunday, October 31, 2010

Teguran Senyap Allah...


Bila engkau ditegur manusia atau insan lain, maka ingatlah tanda Allah sangat sayangkan hambanya.. Menyuruh kita meningkatkan peribadi diri kearah yang lebih baik.. Tapi ada juga manusia yang tak sedar-sedarka diri..

Memang ada manusia yang akan terasa bila ditegur samada ianya perkara positif atau tidak..Lagi-lagi bila ditegur oleh insan yang lebih muda daripada kita.. Tapi ingatlah bila teguran itu membawa kearah perkara yang bermanfaat.. maka tidak rugi kita sebagai hamba Allah yang kerdil yang sentiasa melakukan kesilapan untuk menerimanya dengan hati terbuka merendah diri kepada Esa.

Terkadang insan kerdil ini terlupa betapa nikmatnya hidup saling ingat mengingati walaupun pahit untuk menerima, tapi yakinlah akan manis di akhirat nanti Insha Allah...

Saturday, October 30, 2010

‘Attitude’


Sebelum perkara ini hilang daripada fikiran saya, lebih baik diterjemahkan untuk tujuan perkongsian. Insyallah dapat member manfaat kepada semua dari walaupun ianya sumbanganya kecil.

Dalam kelas tutorial ‘International Business Management’ sebelum ‘test’ yang kelima bermula..Pensyarah kami yang cukup berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya mendidik Bukan tu sahaja, bertindak sebagai pentazkirah yang bagi saya cukup saya kagumi. Ini adalah antara pensyarah yang bukan sahaja mengajar sahaja tapi sambil mentarbiah akhlak..tapi tidak semua student tahu akan hal tersebut.

Tazkirah dia kali ni J..berkenaan ‘Attitude’ atau orang melayu panggil sikap.. Orang bijak pandai ada mengatakan saya tak ingat namanya…bunyinya lebih kurang macam ni.. “Kamu akan melihat islam itu di Negara barat bukan di Negara Islam” ayat dia lagi sedap..tapi tak ingat.. bukan bermaksud Negara Islam akan ujud di Barat tapi berkemungkinan akan boleh berlaku, tetapi bagaimana amalan baik yang ada pada Islam dilaksanakan disana, yang kita di Negara Islam tidak laksanakan, yang sepatutnya kita laksanakan untuk menunjukkan Islam itu indah. Tapi malangnya ianya sangatlah kurang kurang.

Sebagai contoh disalah satu Negara barat.. ada seorang ni nak naik bas, semua sedia maklum kan, nak naik bas kena ada duit kecil, tapi orang ni duit dia besar..tapi apa yang dibalas pemandu bas tersebut, dia kata naik dulu esok-esok kalo naik bus lagi bayar la sekali..nampak bagaimana dia menjaga orang lain dalam masyarakat dia, dia percaya dengan masyarakat mereka, padahal mereka bukan Islam..mereka jaga hubungan mereka sesame manusia..

Lagi satu di Jepun, lagi unik..kalau barang kamu tertinggal di suatu tempat, bila kamu datang balik, barang tu ada ditempat yang sama, tidak siapa yang usik..dekat sini, harapan la nak dapat macam tu, pantang lepa, tak sampai 5 minit kot..hilang dari pandangan barang milik kita…pelikkan..mereka di Jepun jaga etika mereka, perkara tersebut seperti budaya mereka..lagi contoh dalam menjaga kebersihan..lagi ketara perbezaanya..negara yang bukan Islam lebih mengamalkan budaya Islam dalam komuniti mereka perbanding dengan kita dalam Negara Islam… contoh bandingkan sungai kita di Malaysia ni dengan sungai yang dijaga di Negara barat…

Maka kita sebagai generasi baru yang bakal memimpin apa tanggungjwab kita..ada ke tunggu dan lihat tanpa apa tindakan? Maka perubahan tersebut bermulanya dari diri kita sendiri, kita ubah diri kita sendiri dalam membina nilai sikap yang baik yang mampu mempengaruhi orang lain untuk melakukan perubahan… dalam masa yang sama terapkan asas keislaman yang kukuh dalam diri kita sebagai Umat Islam sebagai Khalifah dimuka bumi ini..Maka Integriti perlu kita bina, budaya Islam kita terapkan ..tidak ada maknanya kehidupan manusia yang memiliki semua kekayaan didunia tapi nilai sikap masih ditahap menyedihkan dan teruk..

PM kita sebelum Najib ada menyatakan “ Kita mempunyai infrastruktur dan kemudahan yang ‘First Class’ tapi mentaliti kita masih ditahap ‘Third Class’ “ Wallahualam…

Ingatan Untuk Kaum Adam...


Jangan meletakkan tanggungjawab sebagai Bilal hanya pada seorang.. Belajar untuk berani melaksanakan amanah. Dikala kaum ada lain lena dibuai lena, kita ambil inisiatif untuk kehadapan mengejutkan mereka melalui azan.. Ganjaranya mungkin tidak terjangkau oleh akal manusia, kerana Allah Maha Kaya dan Pemurah sifatnya..Dia lebih mengetahui apa yang layak untuk kita..

Jadilah seorang pemimpin, dan bukan orang yang dipimpin seperti anak kecil. Di akhirat nanti ingatlah Rasuluallah akan bangga kita sebagai umatnya, apabila ada insan yang masih mengikut syariat yang disampaikanya sehingga tertegak nya Islam Suci ini dimata dunia....


Thursday, October 21, 2010

Jemari Kecil..


Jemari anak kecil bersalaman dengan ibunya..takkala ditangan anak kecil itu terselit tercebis kertas yang telah lama digengam sebelum ibunya bersiap untuk berangkat ke tanah suci.. Sambil bersalam untuk perpisahan yang mungkin selama-lamanya. anak kecil itu membisik kan sesuatu ditelinga ibunya..”Mak nanti buka kertas ni bila dah sampai kat depan Ka’abah ya” rayu si anak itu..ibunya menganguk tanda setuju dan ibunya menasihati anak kecil tersebut untuk menjaga diri disaat mereka tiada…tidak semua tahu akan pemberian kertas itu termasuk ayahnya juga tidak mengetahui..

Ini lah isi kandungan atas cebisan kertas tulisan tangan anak k
ecil itu “Ibu doakan ahli keluarga kita, mak, ayah, kakak, abang dan adik dapat mati syahid di Jalan Allah” Disaat kertas itu dibaca terharu si Ibu, terdiam si Ayah mengenangkan anak yang masih kecil boleh berfikiran sehingga
begitu sekali..

Apa usaha kita, cuba letak di bawah mikroskop pun tak nampak apa-apa dek kerana terlalu sangat-sangat-sangat kecil. Kalau di Mahsyar nanti Allah persoalkan masa yang Dia berikan di dunia ni, apa yang telah kita lakukan. Apalah agaknya jawapan kita... "Update blog?", "Chatting?", "Upload gambar dalam facebook?", "Mengulit lagu-lagu kegemaran?"... Allah. Adakah JIHAD ini mampu mengatasi JIHAD yang paling tinggi nilainya disisi Allah.. (sumber:http://niqobgirl.blogspot.com/)

Kita bagaimana?..Lihat betapa besar impian seorang anak kecil ini untuk dia memilih untuk mati dijalan yang paling dirindui oleh semua umat Islam.. Mati di jalan Allah hanya untuk mereka yang terpilih. Adakah kita terpilih??? Hanya Allah sahaja yang mengetahui akan keadaan hambaNya..dan yang terbaik untuk hambaNya.. Waallahualam…


Sunday, October 17, 2010

Mencari Redha Allah


Belajar dari kesilapan..

Bukan mudah untuk perbetulkan keadaan jika diri sendiri masih terumbang-ambing lagi..

Tapi ini sahaja yang termampu aku lakukan...

Semoga ikatan ini terjalin dengan ikatan yang sah disisi Allah SWT


Tuesday, October 12, 2010

Muslim Super siri 2


Alhamdulillah berkesempatan untuk sambung semula perkongsian saya dalam tajuk Muslim Super siri 2..:) berdasarkan apa yang sempat saya catatkan dalam buku usang saya ni..secara asasnya ianya sebenarnya sangat berkait rapat berkenaan dengan hati..jadi maksudnya hati seorang muslim itu kena bersih..atau dengan kata lain manusia itu kembali kepada fitrah yang satu kualiti yang perlu ada dalam diri seseorang bernama manusia yang mulanya asal usul penciptaan kita yang paling berkualiti...

Seterusnya kenapa kita perlu hidup..dan apa matlamt kita hidup sebenarnya...manusia sudah hidup sejak nabi adam lagi..dan matlamatnya daru dulu hingga kini tetap sama..dan matlmat tersebut sebenarnya adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan..tetapi berapa ramai manusia yang mampu lakukan dan laksanakan dengan sempurna..

Kemudian..ha... 'check' semula ibadah kita, adakah sudah betul-betul sempurna seperti yang RasuluAllah telah ajarkan kepada kita terutama dalam bab solat... Berkaitan ibadah..tanpa ibadah hati kita akan lesu..dah bertambah lesu jika ibadah tersebut tidak berlandas kan hukum yang sewajibnya kita sebagai muslim ketahui..berusaha memperbaiki ibadah kita..ini kerana selagi mana kita masih dimuka bumi ini..kita masih lagi belum dianggap sempurna..dan sempurna itu hanya milik Allah..maka teruskan belajar dan belajar..terutama Ilmu yang berkaitan dengan agama islam walaupun kita telah mengetahui sebagai peringatan..disini kita perlu tanya iman kita..apakah iman kita sudah mencapai tahap mencintai Allah s.w.t..

Disini kekuatan rohani perlu kita tingkatkan bukan semata-mata pergi ke kem yang dianjurkan..tetapi bagaimana mendidik diri sendiri..dan sentiasa istiqamah dijalan-Nya..salah satu cara untuk menguatkan rohani adalah..dengan menjaga solat berjemaah..saya yakin dan pasti tak semua dapat laksanakan dengan sempurna..termasuk diri blog ni..yang sentiasa lupa selalu..apa nak jadi ntah..

Segelintir manusia..tidak segelintir rasanya mungkin ramai..yang menyatakan ibadah itu hanya didalam solat..ibadah merangkumi semua nilai dan praktikal dalam kehidupan kita.., yang menyusahkanya adalah diri kita sendiri.. Ruang lingkup ibadah adalah syumul, aspek kehidupan, dan seluruh anggota tubuh kita berkait rapat dengan ibadah..selagi mana Allah redha dengan berbuatan kita,,selagi itulah ianya dikira ibadah,,senang kan..tapi susahnya nak buat termasuk diri yang tengah taip blog nie.. Maka sebagai seorang muslim sama-sama kita koreksi diri..menganalisa rohani...muhasabah tindakan...mempositifkan minda..untuk menerima dan menelan setiap teguran dan mengakui kesilapan yang kita lakukan samaada ianya sengaja dilakukan ataupun tidak...insyallah...waallahualam..bersambung lagi...:)


Sunday, October 10, 2010

Sukan Itu Ibadah...



Alhamdulillah... baru semalam selesai menamatkan pembacaan novel yang 2 3 minggu lepas beli..Novel dah lama tengok beli..tak tau kenapa tangan ni tak mahu capai...buku tu kat rak..hanya tengok muka depan...kemudian berlalu pergi..kemudian ntah macam mana teringin nak baca novel..terjumpa pulak buku ni..Tajuk dia "VT"..

Novel ni bestnya macam mana penulis mengaplikasi sukan tersebut menjadi satu cerita yang berkait rapat dengan islam itu sendiri..dalam pada sama tentang bagaimana berhikmah dalam membina akhlak.... Sukan dalam novel ni pasal Bola tampar..imaginasi kena lebih sikit..baru datang "feel"..

Buku ni sebenarnya dah lama dalam pasaran..tapi memang best..lagi2 kalau tahu main bola tampar..:) tapi novel ni lebih menekan bagaimana Islam itu dijadikan sumber utama dalam penyelesaian umat manusia.. tidak mengira faktor agama dan budaya,.. Kerna Nabi Muhammad itu di turunkan untuk memberi rahmat sekelian alam..termasuk manusia sendiri..Waallahualam...


Tuesday, October 5, 2010

Muslim Super..


Assalamualaikum w.b.t. hampir sudah sebulan Aidilfitri baru nak menjengah ke Blog sendiri, sebelum ni pergi baca blog orang..tapi apakan daya terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan dan perlu diutamakan, sampaikan nak taip dalam blog dah tidak ada idea nak dicurahkan.. insyallah kali ini akan sedaya upaya untuk laksakanya..walaupun dalam masa yang singkat..masa yang diperuntukkan adalah setengah jam..macam periksa pulak..sebenarnya ada assignment perlu dihantar minggu depan..so, kena pandai-pandai bahagi masa..

Imam Hasan Al-Banna ada mengatakan bahawa:"Kerja yang perlukan kita laksanakan adalah lebih banyak dari masa"

Renung-renungkanlah ayat diatas ini, walaupun ayat nya pendek, tapi cukup mendalam maksudnya. Ayat ni baru saya dapat dati sebuah novel yang cukup baik dibaca mengenai dakwah atau tarbiah dari seorang hamba dalam bidang sukan iaitu novel 'VT' [(tak habis baca pun lagi :)]

Berbalik semula kepada tajuk post kali ini 'MUSLIM SUPER' tajuk yang agak jangal didengar dalam satu kuliah umum yang seminggu lepas diadakan..nak tahu la apa benda muslim super yang disampaikan sendiri oleh bekas pelajar UM sendiri.

Pertama sekali untuk fasa yang pertama apa yang perlu dikuasai bagi mencapai matlamat ini, mudah sahaja kuasai ILMU, tapi ilmu apa..? ILMU SENYUM + ILMU IKHLAS...kenapa ilmu senyum perlu kita kuasai..senyum adalah salah satu identiti kita sebagai seorang muslim, kerana senyum itu sedekah..tapi nanti ada orang kata.."kenapa engkau ni senyum dari tadi, dah buang tabiat" apa kita nak jawab, senang je, "aku senyum kerana aku bangga aku sebagai seorang muslim, dan aku senyum kerana aku seorang muslim" sedapkan bunyinya..itulah yang terbaik bagi seorang muslim, tapi berapa banyak yang mampu melaksakan, kadangkala tu lupa kita nak senyum :) tapi pastikan kita senyum atas perkara niat kerana ALLAH bukan kerana benda yang melalaikan..

Ilmu kedua yang perlu dikuasai untuk menjadi muslim super, kuasai ilmu Ikhlas.. wah.. ni bukan senang nak dapat tapi insyallah boleh dikuasai dengan bagaimana, dengan cara kita fahamkan diri kita sendiri atas perkara yang memberikan kita kebaikan. Dengan kefahaman tersebut baru semangat tu ada dan lebih mudah kita melakukan suatu perkara, dan hasilnya akan mendatangkan keikhlasan kepada Allah pada diri kita yang kerdil ini..insyallah setakat ni saja jari jemari ini singgah taip kat blog sendiri..masa pun dah cukup,,nanti sambung lagi..banyak benda nak taip, tapi dengan usaha yang sedikit ini menjadikan kita lebih konsisten dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, seterusnya menjadi MUSLIM SUPER..insyallah wallahualam...Bersambung...:)

Thursday, September 9, 2010

Tangisan & Kemenangan...SYAWAL

Degang Lafaz Bismillahirahmaanirrahim...Berkesempatan juga update blog malam raya.. ramadhan sudah meninggal kita..ramadhan kali ini dirasakan berlalu dgn cptnya..tanpa dapat diisi sepenuh didalamnya..benar lah dalam Hadis rasulullah jika salah betulkanya..lebih kurang bunyi nya macam ni..insan pada masakini akan merasakan setahun seperti sebulan dan sebulan seperti sehari..sehari seperti satu jam..tetapi hakikatnya masa itu tidak berubah sejak dari zaman NAbi Adam lagi..tetap 24 jam..tetapi apakah puncanya kita merasakan demikian..adakah masih kuat lagi cinta manusia pada dunia yang hanya persinggahan makhluk bernama manusia..

Disaat diluar sana mercun bermacam bunyi ada..maklumlah malam raya..tetapi masih ada manusia yang tidak menghayati bulan ramadhan yang lalui..dirasakan satu beban telah dilaksanakn..walaupun tidak sempurna.. Alangkah indahnya manusia kini kerana masih ada lagi manusia yg menangisi akan pemergian ramadhan..mungkin dia merasakn ini ramadhan yang terakhir seperti yang dialunkan dalam video penutup IHRAM 2010..terasa terkena pada diri sendiri yang selalu lalai dan leka..sebelum kedatangan ada insan yang berazam untuk membuat perubahan yang terbaik di bulan ramadhan kali ini..tapi ada kalanya manusia hanya merancang dan berusaha..azam tersebut tidak dilaksana dgn jayanya..malah lebih teruk dari itu..jika insan ini tergolong dalam kategori ini..betapa hinanya insan ini diciptakan sempurna.. dikatakan memiliki segalanya yang ada berbanding makhluk lain..tetapi masih tidak merebut ganjaran ramadhan..untuk ingatan kita semua..kita sebagi seorang muslim beribadah dan beramal kerana Allah bukan kerana ramadhan..kerana Ramadhan itu akan pergi, hanya Allah yang sentiasa bersama kita..InsyAllah..

"Ramadhan Madrasah Keperibadian Ummah" tema bagi IhRAM 2010..best rasanya IHRAM kali ini...sepanjang berada Di UM, pertama kali merasakan keseronokkan menjayakan Projek IHRAm..walaupun banyak suka duka....Boleh dikatakan Ihram kali ini dianggap berjaya alaupun plan last minute..ahli pun LAST minute..tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjaya dan memberi kan komitmen..secara automatiknya dapat memenuhi impian insan ini mejadikan projek ini yang pertama dan terakhir disertai... BUAT MT2 IHRAM, DAN SEMUA AHLI KELUARGA IHRAM..teruskan ukhwah kita..semoga tarbiyah di madrasah ramadhan akan dikekalkna hingga ke akhir hayat kita..insyAllah...wallahualam

Friday, September 3, 2010

Ramadhan...Rebutlah Selagi Ada..

Ramadhan sudah hampi ke penghujung, tapi bagaimana dgan peribadatan dan amalan kita ALLAH yang maha esa..Umat manusia semakin lama semakin ada yang gembira ramadhan akan menutup tirainya.. tapi bagi insana yang memahami akan kelebihanya pasti akan rasa sedih dan hiba..kerana insan tersebut tidak pasti samada dia dapat lagi atau tidak jemputan ramadhan..Ya Allah jika benar ini ramadhan terakhirku berilah aku kekuatan untuk memenuhi tuntutan sebagai seotang muslim..seterusnya mendapat manfaat didalam bulan yang penuh berkat dan rahmat...

Ramadhan kali ini bagi insan ini adalah mungkin ramadhan yang terakhir di Universiti Malaya..disuasana penuh ilmu didalamnya..pasti akan terasa akan kelainan apabila telah sesuai tugas dan amanah ini..pengalaman ini sangat bertuah insan ini dapat miliki..dan pada ramadhan kali ini, insan ini telah memikul tugas sebagai TP2 Program Ihya' Ramadhan..melaksanakan tanggungjawab yang sangat berat ini..yang sangat diharapkan adalah amanah itu telah dilaksanakan berlandaskan kemampuan insan ini dan tuntutan dari Allah...

Saturday, August 28, 2010

Pengajaran Dari Masjid..

Masih ingat lagi ketika insan ini masih dibangku sekolah rendah..pada bulan macam ni la (Bulan Ramadhan) tiap2 malam mesti pergi Masjid Negeri Shah Alam, maklumlah rumah dulu di Shah Alam.. Kemudian Masjid tu pun lebih kurang umurnya sebaya la :) ..Pergi masjid bukan nak sembahyang sangat pun, nak jumpa kawan..macam2 kami main, orang bertawaf kat masjidilharam, yang kami bertawaf kat masjid negeri..dari depan kebelakang kami berlari...seronok..walaupun 2 orang je kami...

Sebelum nak pergi masjid ni..telefon member dulu..datang ke tak..kalau dia x datang, insan ini pun tak datang...kiranya pengawal masjid tu memang cam kami, mana taknya..berlari x ingat kat dalam masjid, masjid tu dah la besar, tingkatnya sampai tiga or empat..best la sangat..main2 lif lagi..boleh pergi lagi tempat muslimat sembahyang...budak-budak kan mana la tahu sangat rasa malu... :D

Habis bertawaf pandang tapak kaki..Ya Allah hitam, selumber je masuk dewan solat..sambung solat kalo rasa nak buat..sebab apa duduk kat belakang..xda la kacau orang dewasa sembahyang..nampak pengawal keselamatan kami slow main, lepas tu sambung lagi lari..aduh macam2 betul..bila teringatkan kembali, mesti tersenyum seorang diri..

Bermula satu hari yang sangat 'penting' pergi masjid macam besa..ada member datang..habis isyak..cari member..tawaf masjid, naik turun masjid...seorang pengawal masjid, muka dia memang nampak garang..nampak dia memang berhenti la. Tapi tanpa disangka, tengah syok main lif dengan member, dia datang dari sebelah kanan pintu..terus dapat hadiah penampar..wah..sakitnya...tak ingat..rupanya pengawal masjid tu dah lama perhatikan kami..memang cari nahas la, time kami berlari dia yang jaga..masalahnya saya seorang je kena, kawan saya x kena, sebab dia kat dalam lif, terlepas dia..lepas tu rasa malu giler..macam semua orang tahu saya kena tampar...padahal xda orang kat situ je, kami je lagipun..balik rumah saya diam, nak bagitahu family, nanti kena balik pulak.."ha sape suruh main2 dalam masjid?"..nampak kan..pengajaranya...

Berdasar kisah diatas ada maksud yang lebih besar dari sebenarnya..selepas peristiwa itu, mula ada sedikit perubahan, walaupun x banyak, tapi still main juga..tapi dah slow.. :) cerita ini bukan sahaja mengenai budak yang bermain dimasjid..tetapi ada satu kesimpulan yang baik untuk kita hayati bersama..

Kepada ibu bapa diluar sana, ajaklah anak anda ke masjid, jangan lah pergi seorang diri..tetapi digalakan tujuh tahun keatas, pada tahap ini mereka sudah boleh berfikir..bentuklah mereka mendekati masjid, walaupun kita tahu mereka tidak sebenarnya melaksakan..sekurang-kurangnya biarkan mereka rasa masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah, tapi lebih dari itu..tanggungjwab ibu masa kini yang paling penting kepada anak2 apa yang mereka boleh atau tak boleh buat semasa dalam masjid. Tidak mengapa mereka tidak sembahyang..sekurang-kurangnya mereka dapat merasakan nikmat ketenangan didalam masjid..

Friday, August 27, 2010

Hanya dengan Kalimah Lailahaillallah...



Video diatas sewajibnya kita sebagai umat islam mengambil iktibar. Mungkin kita tidak dapat membuktikan kesahihanya..tetapi ingat segala yang berlaku dimuka bumi boleh melangkaui batas fikiran manusia yang lemah ini..

Peristiwa yang diceritkan tadi jika dihayati mungkin menyentuh hati manusia yang berfikir akan kebesaran..Ingatlah hanya dengan Kalimah tauhid sahaja Lailahaillallah..yang melayak seorang hamba itu dimasukkan kedalam syurga..walau dosanya sebenar isi bumi..selagi mana hati manusia itu masih tunduk dan mengharap akan rhmat dan hidayahnya..wallahualam...

Wednesday, August 25, 2010

Saat Lafaz Sakinah...


Untuk insan yang bergelar lelaki dan muslimin yang bakal menjadi suami, dan juga buat perempuan dan muslimat yang bakal menjadi isteri..sebagai panduan untuk kita menghadapinya nanti..insyAllah..

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya


Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


Tuesday, August 24, 2010

Bidadari Cantik...Amalan Kita????



Bidadari tercantik & tidak mampu digambar oleh aqal & mata buat lelaki soleh di syurga. Ketahuilah berdasarkan dalil Quran & Hadis, dari klngn bidadari itu adlh isteri & wanita solehah di dunia ini, apbila mrk kesyurga, akan di'transform' utknya semua sifat bidadari yg disebutkan oleh Allah sehingga jadilah mrk seorang darinya, Ramadan semestinya mencerahkan peluangmu. Hanya WANITA SOLEHAH & untuk LELAKI SOLEH.


Kita sang lelaki sering kali mengimpikan bidadari cantik...tapi adakah kita terfikir akan amalan kita, samada cantik atau tidak..maka fikir-fikirkan, sama-sama koreksi diri untuk kembali ke Jalan Redhai...

Sunday, August 22, 2010

Lelaki Kacak Peneman mu di 'sana'.....

Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim..jari jemari ini mula menekan setiap huruf untuk satu perkongsian yang mungkin telah kita lupakan selama ini. Agak sudah lama tidak menerjah ke Blog sendiri untu kemaskini apa yang patut. Hari ini terbaca sebuah hadis dari Rasuluallah yang agung yang kita sajung salam ini.. Oleh itu sahabat-sahabat seperjuang, muslimin atau muslimat..mari kita sama selami hadis dari Rasuluallah ini...


Rasulullah SAW bersabda: ‘Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.’
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,’Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.’

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala’ul A’laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :’Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.



Insyallah dengan hadis diatas dapat kita ambil iktibar sebagai panduan kita sebagai hamba Allah yang sangat kerdil yang hina ini...Waallahualam...:)

Tuesday, August 10, 2010

Kembali dijemput Ramadhan...



Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi, kerana kita masih diberikan 2 nikmat yang paling besar iaitu nikmat iman dan islam dari Allah swt..hari ini maka bermula puasa ramadhan yang pertama yang sangat ditunggu oleh semua umat islam didunia yang masih mengharapkan keredhaan Allah..tetapi tidak dinafikan ada sahabat-sahabat islam kita yang mengeluh akan kehadiran bulan ini. Mereka mengatakan, bulan ini bulan yang memenatkan bagi mereka..jika direnung kembali puasa yang diperintahkan kepada umat nabi Muhammad saw sebagai satu bonus yang terbaik untuk kita untuk meraih cinta Allah yang agung, bukan cinta agung manusia.

Puasa menyingkap rahsia kesihatan manusia secara fizikal dan rohani bagi mereka yang hati mereka yang rasa akan kenikmatan puasa tersebut, tapi mereka yang merasa puasa sebagai satu beban bagi mereka, maka eloklah kembali koreksi dri kita, ada kesilapan niat dan perbuatan kita yang telah kita dilakukan..

Allah telah berfirman didalam Al-Quran yang mulia yang bermaksud..

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab : 35)

Ayat diatas jelas menceritakan kepada kita setiap orang yang muslim samada yang lelaki atau perempuan akan diberikan keampunan mereka dan pahala jika mereka melakukan amalan yang disebutkan diatas..

Jika bukan di bulan ramadhan pun Allah telah memberikan janji seperti ini, maka dibulan ramadhan ini juga pahala dan ampunan tersebut lebih luas rahmat. Maka sebagai umat islam kita perlu tanamkan azam kita untuk melakukan transformasi minda dari fizikal, minda dan rohani, supaya kita menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat lindungan dan rahmat Kasih sayang Allah yang tiada tolok bandingnya dari makhluk dimuka bumi ini...Semoga tulisa ini sedikit sebanyak akan mengingat diri sendiri juga, walaupn persoalan ini telah selalu kita dengar..hanya untuk kita refresh diri kita, untuk kembali yang maha ESA...waallahualam..

Monday, July 26, 2010

Pahlawan Islam Kontemporari...

Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itupun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan antara manusia (agar mereka mendapat pengajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai Syuhada). Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.. (SURAH AL-IMRAN: 140)
Kali insan ini hendak melakarkan satu hal yang amat berguna bagi mereka yang memahami akan kewujudanya sejak berzaman lagi. Tajuk entry kali berkaitan satu buah buku yang insan ini sedang baca mengenai pahlawan islam kontemporari iaitu pahlawan yang hampir sezaman dgn kita walaupun ketika itu kita mungkin belum lahir. Tetapi mereka ini mempunyai semangat juang hampir sama seperti zaman kegemilang pada Zaman Nabi Muhammad SAW.
Jika diteliti buku yang insan ini belum habis baca lagi :), sebenarnya terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan..jap lagi sambung..heheh

Saturday, July 24, 2010

BUkan YanG TerBaik....

Bismillahirrahmaanirrahim..Segala puji bagi Allah, Rabbi sekian alam...yang menetapkan aturan setiap apa yang berlaku dimuka bumi dan apa yang ada di langit, yang tidak terjangkau oleh akal manusia untuk menaksirkanya..Begitu banyak sekali kejadian yang tersirat segala hikmah, perlu manusia kritis untuk memikirkanya bersandarkan tahap kebatasan yang dicipta kan Ilahi...

Insan ini terasa rendah diri, tunduk hina kepada Mu..insan ini bukanlah yang terbaik untuk diikuti,,insan ini sentiasa malu dengan orang yang tinggi martabatnya kerana agamanya..Insan ini terasa cetek ilmu di dada, tapi tidak mahu berusaha untuk memenuhkanya bagi menyedarkan insan ini.

Insan ini..baru semalam menghadiri satu majlis..Majlis tersebut diadakan agenda perlantikan pemimpin..disini insan ini harapkan, bagi manusia yang berjaya dipilih, janganlah engkau bangga akan jawatan tersebut..jika engkau rasa demikian berusaha lah untuk membuangnya jauh..jawatn merupakan soal amanah dan merupakan satu kontrak dengan Allah hakikatnya bukan hanya kepada manusia, jika engkau yakin dapat melaksakan, ingatlah semua qada' qadar telah ditetapkan..maka wajib engkau berusaha untuk tidak merasakan orang bawahan mu lebih mulia dari engkau, Maka ingatlah..hindarkan lah..Kerana Allah lebih mengetahui akan keadaan hambanya...Wallahualam..

Wahai perasaan

Ku Layarkan bersamamu sebuah harapan

Ke samudera penuh godaan

Sang camar beriringan menujuk jalan

Agar aku tak kesesatan dilambung gelombang

Atau kehilangan arah jalan pulang

Wahai perasaan yang tak pernah terpuaskan

Kemana lagikah haluan harus ku halakan?

Akhirnya dalam pelayaran belum berkesudahan

Ku temukan sebuah pelabuhan

Untuk ku pujukmu wahai perasaan…

Oh tuhan…berikan percikan Nur-Mu..

Agar aku tak kesesatan…dan tahu jalan pulang…

Monday, July 19, 2010

Translator....


Apa la translator..tiba2 je..:) Sebenarnya ini adalah pengalaman insan ini yang berlaku baru-baru ini. Merasakan sebagai satu pengalaman yang boleh dikongsi bersama, bukan bermaksud untuk menunjuk, tetapi sebagai satu titik tolak untuk malaksanakan anjakan paradigm. Seterusnya memajukan diri sendiri dari segi hubungan kita dengan makhluk dan cara kita berkomunikas

Pada hari rabu, insan ini perlu pergi ke hospital PPUM untuk mengambil ubat yang sepatutnya diambil hari sebelumnya. Tetapi tidak kesampaian kerana ruang masa yang tidak mengizinkan, Nak dijadikan cerita pergi la insan ini pergi kesana hospital. Sebelum pergi ada juga bertanya kepada sahabat dikolej untuk pinjam motor yang free pagi tu, malangnya tiada so buat keputusan pergi jalan kaki. Walaupun jauh sikit la..tapi kena pergi juga takut habis..Mengah juga la, maklum la baru lepas breakfast. Kena rehat jap dipertengahan jalan, kemudian sambung semula. Akhirnya sampai juga ditempat yang dituju.

Kemudian dalam perjalanan pulang, sikit lagi nak sampai fakulti perakaunan. Saya disapa oleh seorang warga asing, rasa macam lecturer..rasanya la. Pendekkan cerita ada accident antara motor dgn kereta, tapi bukan atas jalan, tapi kat parking..insan ini rasa pelik. Allah punya kuasa kan. Kedua-dua pemilik kederaan sebenarnya tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain for solve their problem. Peranan insan ini adalah sebagai translator untuk konflik tersebut..Nak dipendekkan cerita insan ini sebenarnya bukan fasih sebenarnya berbahasa inggeris, boleh la sikit2, lebih faham bila mendegar..akhirnya masalah tersebut selesai dengan sedikit bayaran ganti rugi, rasanya ok la kan, dari tak ada apa2..heheh

Disebaliknya kejadian, jika diteliti, refresh, reply situasi tu, ada hikmah yang yang kita xdapat nak jangka..Cuba fikirkan, jika saya naik motor mungkin saya tak mengalami pengalaman ini..disamping dapat membantu orang lain. Selepas kejadian tu, insan ini rasa gembira sangat dapat tolong orang, walaupun tanpa apa2 ganjaran, cukuplah penilaian dari Allah untuk hamba ini, jika ketika niat insan ini baik ketika itu baiklah balasan, jika tidak sebaliknya..lastly nasihat untuk insan ini “please improve your communication skills, especially in English language” semoaga dapat manfaat…heehh

Thursday, July 15, 2010

Sahabat terlupa…

Sahabat…
Bila ku teringat tentang dirimu..
Diri ini selalu rasa bersalah terhadap apa dilakukan kepada kamu
Diri ini mungkin tidak ada cukup usaha untuk kembalikan mu kejalan kebenaran
Diri ini ingin sekali bersama melangkah untuk keredhaan ALLAH

Sahabat…
Jika diri ini diberi peluang
Ingin sekali kau bersama disisi diri ini..untuk meniti jalan-jalan kedamaian
Diri ini mempunyai tanggungjawab sebagai seorang sahabat
Jika diri ini tidak laksanakan
Apakah jawapan yang sesuai untuk ku berhadapan dengan Tuhan Rabbul Alamin

Sahabat…
Diri ini sentiasa berdoa untuk sahabat-sahabat
Tidak mengira jauh atau dekat
Yang paling penting, tali yang digengam adalah Tali ALLAH yang tiada bandinganya
Selagi mana ada iman didada diri ini dan sahabat-sahabat..

Ya ALLAH
Berilah ku peluang untuk memperbaikinya..
Kerana aku rindukan kedamaian, ketenangan.
Dan mensyukuri akan nikmat yang kau berikan..
Andai kata nyawa diri ini ditarik lebih awal dari sahabat lain…
Diri ini harapkan akan hadir hasil yang mampu menyelamat diri ini dari api neraka…

Tuesday, July 13, 2010

Memberi pinjam tangan...

Pagi-pagi dah keluar dari kolej...lepas makan tekad untuk berjalan kaki ke PPUM..baru jalan sikit dah mengah, maklum la baru lepas makan..hari ini berlaku kejadian yang begitu mengembirakan insan ini walaupun perkara itu kecil, tapi cukup membahagiakan.

Insan ini bercerita dari pagi ya. Insan ini keluar seorang diri, transport ada kalo nak pinjam, tapi tidak menyusahkan orang lain, takut lewat nanti..sampai PPUM rasa leganya, Alhamdulillah sampai juga. Terus ambil nombor, beli paper dan duduk sehingga nombor dipanggil untuk ambil ubat. Bukan insan ini yang sakit tapi, tap mak suruh ambilkan..sepatutnya ambil semalam, tapi tak sempat ada kelas.

Tak sampai sejam pun tunggu, jap je. Kemudian terus balik ke UM rasa kaki ni ringan sangat berjalan. Sampai fakulti mulut ni bercakap sendiri, merungut kereta bukan dari fak ni lebih banyak dari kereta fak sendiri, so parking memang penuh sampai keluar-keluar kereta..Selepas sepuluh tapak berjalan seorang lecture medic menghampiri saya. Lecturer tersebut warga asing yang bekerja disini. dipendekkan cerita lectyrer ni telah berlanggar dengan motor orang, minta tolong dengan saya macam dari translator untuk mereka berdua selelsaikan perkara tersebut. Pemilik motor dan lecturer tidak fasih certain bahasa.

Akhirnya rundingan itu selesai dengan sedikit pembayaran yang munasabah pada pandangan saya.Yang penting masing-masinh happy.. Jika difikirkan semula jarang sekali kita boleh dapat peluang ini untuk membantu orang lain, lebih-lebih lagi rundingan masalah tersebut melibatkan bahasa yang berbeza. Pengajaranya..sebagi manusia kita tidak boleh bersandarkan diri kita selalu, jika memerlukan pertolongan orang lain, mintalah, tak jatuh air muka pun..yang penting jangan terlalu bergantung harap kepada orang lain...

Membaranya Gaza..

Apabila berlaku serangan Israel kpd bukan penduduk Palestin, dunia seperti baru tersedar akan keganasan yang dilakukan Israel..Kemarahan tersebut memakan beberapa hari sahaja...kemudian kembali manusia didunia senyum dan ketawa semula, dan seperti terlupa apa yang telah menimpa umat kita yang terlibat dalam serangan tersebut.

Tapi yang paling sedih, ada segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap kejadian tersebut. Mereka ini menyambut mangsa serangan seperti seorang wira,padahal mereka ini tiada langsung tiada usaha signifikan yang telah dilakukan..apa yang mereka telah buat seolah-olah mereka yang mengambil kesempatan telah melakukan pengorbanan besar sedangkan hanya publisiti yang mereka impikan. Apabila saya melihat siaran tersebut, mengapa begitu tidak bijak mereka ini menilai sesuatu demi menjaga kepentingan diri sendiri, amat sedih sekali..

Sedarlah umat islam semangat yang membara untuk melepaskan gaza dari cengkaman israel zionis perlu konsisten setiap bukan hanya tahi-tahi ayam..ini kerana palisten memiliki sejarahnya tersendiri dan merupakan kiblat pertama umat islam.. Jika ini tidak dilaksanakan sia-sia sahaja usaha yang telah dilakukan NGO-NGO yang telah bertaruhkan nyawa untuk menghantar barang keperluan kesana yang mana hasrat mereka tidak kesampaian..

Oleh itu mari kita sama menyemarakan obor semangat untuk kebebasan gaza. Semoga Allah Memberkati usaha kita..Insyallah..

Saturday, July 10, 2010

Israk Mikraj..Satu Peristiwa

Bulan rejab sudah hampir ke penghujung, semua mungkin sudah mengetahu telah berlaku satu peristiwa besar pada bulan ini iaitu Israk mikraj..dimana Allah mengangkat Nabi kita Muhammad SAW dengan buraq, dan dijalankan dari mekah ke baitulmaqdis..peristiwa ini bukan satu mitos ataupun lagenda..ianya mesti dipercayai dan di imani kerana ianya mempunyai kaitan rapat dengan akidah kita sebagai seorang muslim..

Selama ini sudah banyak diperdengarkan diceramah-ceramah samada disurau, masjid dsb..tapi kebanyakan lebih menekankan penceritaan kesahan peristiwa ini samada ianya berlaku ataupun tidak, melalui gabungan sains moden dan Al-quran..tapi adakah kita sedar, bahawa perkara ini tidak perlu kita perbahaskan secara meluas kerana ini salah satu kekuasaan Allah yang kita wajib percaya bahawa peristiwa ini benar-benar berlaku. Disini akan diperlihatkan kita sejauh mana keimanan kita kepada Allah s.w.t.

Disaat mendengar peristiwa ini dari kita kecil sampai kita dewasa, adakah benar-benar peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita tentang disebalik kejadian yang telah berlaku tersebut.. Kejadian ini banyak diceritakan didalam Al-quran dalam surah Al-Israq dari ayat pertama lagi. Didalam surah ini diceritakan bagaimana perintah solat yang wajib dilaksakan, selain itu juga ada menceritakan tentang satu bangsa yang dilaknati oleh Allah iaitu yahudi yang berkait rapat dalam perjalan Rasulullah..Selain itu juga bagaimana penerimaan bangsa Quraish ketika itu apabila diberitahu sendiri oleh Nabi Muhammad saw.. dan ketika hanya itu Abu Bakar sahaja yang membenarkan peristiwa tersebut..

Disini kita dapat lihat betapa besarnya ucapan dan kata-kata Rasulullah saw dimana sahabat baginda terus mempercayai seratus peratus, walaupun mendapat ejekan daripada kaum yang jahil ketika itu.

Saya terdengar pengakuan benar dari seorang pendengar radio IKIM. Dimana beliau ini telah masuk islam sejak lima tahun dahulu. DJ IKIM ini meminta beliau menceritakan bagaimana peristiwa Israk Mikraj ini mempengaruhi dan kesanya kepada kehidupan beliau. Beliau mengatakan, sebelum beliau masuk islam, beliau ada bertanya tentang perintah solat yang dikhabarkan melalui Al-quran kepada seorang sahabat. Beliau minta diterangkan bagaimana tentang perjalanan perintah solat tersebut. Selepas beliau mendengarnya, dengan serta merta beliau telah membuat keputusan untuk memeluk islam..alangkah besarnya kekuasaan Allah, dimana dengan peristiwa ini sahaja telah membuka hati seorang yang bukan islam untuk memeluk agama islam. Tapi kita lihat diri kita, masyarakat kita, bagaimana? Keputusan ditangan kita, perubahan tersebut adalah titik tolak kejayaan kita dalam menuju keredhaan Allah..Insyallah..

Thursday, July 8, 2010

SedekAH...

Hari ini hari jumaat..maka ramai manusia dan insan yang beragama islam akan bersedekah pada hari..lebih2 lagi masa waktu solat jumaat.Akan diedar-edarkan tabung masjid kesetia sof.. tak tabung yang bergerak, orang yang mengutip tu yang bergerak..

Tapi kebanyakkan orang islam kini, sedekah hanya diaggap sebagai satu ibadah yang remeh. yang sebenarnya iainya membawa kebaikkan yang tida tolok bandingnya. Ada juga yang bersedekah demi untuk mendapatkan nama yang tak seberapa yang tiada ni lai disisi Allah..Secara automatik nilai sedekah tersebut tiada makna bagi disisi NYA..

Maka umat islam kini perlu berubah, yang mana menjadi sedekah tersebut sebagai amalan yang sentiasa dilakukan demi kerana Allah dan itu lah yang terbaik..Tapi perlu diingat jangan kita kerlirukan niat kita semas bersedekah, dan tidak harus dibuat pertimbangan samada untuk bersedakah atau pun tidak, sama ada banyak ataupun sedikit nilai..jika sedekah itu ikhlas kerana Allah akan ada keajaiban dan kurniaan Allah yang tidak disangka oleh manuisa itu sendiri.

Perbuatan sedekah tidak seharusnya sewenang-wenangnay kita laksanakan, maka dengan itu carilah, galilah ilmu mengenai amalan sedekah..dengan cara ini kta umat isalam boleh mengetahu siapa yang layak dan siapa yang harus diberi keutamaan dari memberi sedekah..Secara amnya ada tiga golongan utama yang sepatutnya diber sedekah..

Pertama: Ibu Bapa
Kedua: Surau dan masjid
Ketiga: Anak yatim, fakir miskin dan seangkatan dengannya..

Semoga amalan sedekah kita diterima Allah dan memberi impak kepada kehidupan kita

Wallahualam...

Tuesday, April 6, 2010

HaSiL TuLisAn SeNdiRi...

Masih banayak kekurangan dalam dalam bidang ini..Insan ini tidak menumpukan dalam bidang ini sepenuhnya..tapi itu bukan alasan untuk mengusainya dan seterusnya memperbaiki dari generasi ke generasi...



Lagi..ini adalah tulisan yang dibuat khas untuk projek minggu perpaduan..first time tukarkan khat dalam bentuk gambar dalam elektronik...terasa sangat menarik mendalami bidang ini



Yang ini tulisan nama kolej insan ini di Universiti Malaya..boleh tahan juga..banyak yang perlu diperbaiki...terasa kurang sangat ilmu pasal bidang ni..sebab basic untuk bidang ni tidak berapa kukuh..so terusakan perjuangan mencari Ilmu Allah yang maha luas ini...:)

Tulisan sepanjang Zaman...



Kagum dengan tulisa yang dihasilkan..mungkin tidak semua insan dapat merasai akan kehalusan kesenian tulisan khat..



Insan ini post something yang menjadi minat sejak dari sekolah lagi..iaitu menulis khat..ini adalah antara gambar yang menarik minat insan ini untu tersus belajar tulisan khat..

Insan ini harap dapat menguasai bidang ini supaya dapat disebarkan kepada seluruh pelusuk bumi..sebagai salah satu tulisan Al-quran yang tiada tolok bandinganya,....

Monday, April 5, 2010

Terpanah...


Dimulakan dgn Bismillahirahmanirrahim...segala puji bagi Allah tuhan semesta alam. yang tiada tolok bandingnya..memiliki sekelian alam sehinggan tidak tergambar oleh manusia akan pengusaanya..Sbgi hamba yang diciptkan sehendaknya kita bersyukur selalu walaupun dugaan menerpa dalam kehidupan kita...

Mhmmm..hari insan ini membaca artikel dalam dalam laman blog, milik ahli JKP Balai Islam..memang diakui insan ini selalu buka laman blog ini..terasa terkesan apa yang di POST dalam laman web beliau. Walaupun artikel tersebut bukan asal daripadanya, sekurang-kurangnya ada perkara yang boelh dikongsi bersama..

Tajuk artikel yang baru update ialah..Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat Artikel ini insan ini nak copy dari artikel ini..mungkin sape2 yang terlawat laman blog ini..mungkin dapat merasainya...

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri. Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.


Bila insan ini sampai kepada ayat ini. insan ini seperti terpaku..begitu lama untuk menghayati..begitu lama untuk memahami dan mendalami maksud pada ayat ini... Terasa diri ini begitu banyak dosa..MasyAllah, tiba2 insan ini lemah layu berjalan dalam melakukan sesuatu yang hendak dilaksanakn..bila teringat kan ayat ini..terasa mata air bergenang dalam kelopak mata..yang tida bisa untuk menipu bagi insan ini...insan ini begitu terasa sekali..insan ini hendak kembali kepada yang lebih....? tapi bagaimana? adakah ianya mampu dilaksakan...

Insan ini sentiasa ingin kan dorongan dan sokongan, dan sahabat yang mampu memimpin insan ini kejalan yang benar..

Sepanjang hidup tidak banyak yang dilakukan untuk islam..Ya Allah berilah kekuatan kepadamu untuk berada dalam redha Mu dan Rahmat..Terima kasih Sahabat...