Thursday, October 18, 2012

Ihfazillah Yahfazka..

Ini sekadar perkongsian agar kita sama-sama dapat manfaatnya.

Apa kata kita sama-sama amalkan sebagai satu motivasi untuk kita dalam melakukan perkara kebaikkan.

Sebelum kita melakukan apa-apa perkerjaan, tak kira hendak belajar ke, sembahyang, kerja dan sebagainya. Lakasanakan perintah Allah dahulu walaupun kerja yang kita akan lakukan hanya sebentar. Lebih-lebih lagi apabila kita menghadapi sebarang masalah, lihat lah diri, tanya diri kita, adakah masih ada perintah Allah yang masih belum kita laksanakan.

InsyaAllah. Kita Menjaga Allah, Allah tidak segan silu menjaga kita


Manusia... oh Manusia...

Manusia yang tahu, tidak semestinya dia sedar. Manusia yang sedar semestinya dia tahu.

Apabila melihat keadaan masyarakat di Malaysia, banyaknya telah mengalami sindrom manusia yang tahu, tapi tidak sedar. Sebagai contoh tahu solat itu wajib, tapi tidak laksanakan. Tahu rokok tu haram, tapi merokok juga, termasuk tok imam yang tidak boleh tinggal tabiatnya. Apatah lagi manusia biasa yang tidak punyai ilmu tapi lebih baik berbanding orang yang ada ilmu tapi buat juga perkara yang dilarang.

Friday, September 7, 2012

Hal Suami Isteri :)

Jiran sudah separu abad umur saya pagi-pagi sudah tegur sapa kami yang sedang siap siaga hendak keluar kerja.

Diakhir perbualan kami, beliau memberikan kami tips suami isteri bahagia kata beliau "Nak suami isteri bahagia senang je, isteri jangan buat benda yang suami tak suka, dan suami jangan buat benda yang isteri tak suka insyaAllah bahagia dan seterusnya akan ada sentiasa muafakat"

Syair Untuk Ibu Seluruh Dunia


Wahai Ibu

Melalui dirimu lah Allah telah memunculkan kami dialam semesta ini.
Meskipun engkau harus merasakan dan menanggung pedihnya penderitaan dan kesengsaraan.
9 Bulan engkau mengandungkan kami dan selama itu Allah mengkhabarkan bahawa engkau menderita sekali
Sebaik engkau selepas penderitaan mengandungkan kami, lalu bertambah derita kamu akibat melahirkan kami.

Wahai ibu yang mulia
Berapa banyak telah engkau lahirkan para dermawan yang telapak tanganya selalu memberi. 
Berapa banyak engkau telah melahirkan generasi-generasi baru yang akan terjun kedalam pelbagai arena kehidupan

Wahai ibu yang mulia
Sungguh engkau sering engkau berjaga malam kerana tidak bisa tidur, sementara air susu dari kedua putingmu selalu memberikan khasiat kepada kami
Pernah sepanjang malam air matamu menitis, ketika duri menusuk salah satu tangan kami

Ibu yang mulia
Tangan kananmu selalu menjadai bantal kami sedang tangan kirimu mendekatkan payudaramu kemulut kami,
Ketika kami mendapatkan kebaikkan, ibu yang mulia merasa sangat gembira.
Kegembiraanmu jelas terlihat pada ukiran senyum mu, senyummu yang dapat menhidupkan kembali  semangat kami,
Namun jika ada hal buruk yang menimpa kami, kami melihat kesedihan pada diseluruh wajahmu
Sesungguhnya engkau hamba Allah yang termulia yang selalu berada disisi kami kerana itu lah Allah memberikan dorongan kepada kami untuk meraih keredhaan Mu

Wahai Ibu
Hal itu kami lakukan agar Tuhan meredhai kami, pada diri mu ibu yang mulia terdapat petunjuk anugerah dan semua kebaikkan.
Jika kami durhaka kepada mu, maka nerakalah menjadi tempat kembali kami

Syair Nukilan Syeikh Abdul Rahman As-Soghuri


Ibu Ayah Mertuaku Yang Dikasihi


Sunday, August 19, 2012

Akhirnya..

Tanggal 26 Mei 2012, selepas asar, maka selamat majlis pernikahan antara saya dan isteri saya Farahsyazana Iryani Syam Bt. Termizi.

Sebelum tarikh keramat itu tiba, seringkali saya memohom petunjuk dari Allah, "Ya Allah Jika benar jodoh ku untuk nya Ya Allah, maka kau permudahkan kan urusan ini, Jika jodohnya ada lebih baik pada pandangan-Mu Ya Allah, maka engkau tabahkan hati kami, sesungguhnya hanya engkau yang layak yang menentukan kami hanya merancang dan sebaik perancangan hanya dari-Mu."

Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah


 

Kini bergelar Suami Isteri :)




Anak Buah Yang Ligat



Sahabat Handai Yang Meraikan

Saturday, April 21, 2012

“ Ini Bumi Anbiya’ ”



Ini adalah pengalaman dari seorang ustazah mengenai akhlak seorang anak kepada bapanya. Ustazah ini digelar oleh bapanya sebagai Kak Chik. Beliau bersama bapanya telah diamanahkan untuk menguruskan jemaah umrah dari Malaysia.

Pada satu ketika bapanya telah mengumpulkan kesemua passport milik jemaah untuk dimasukkan dalam satu beg. Kemudian beg tersebut telah dimasukkan bersama sekali dengan beg-beg jemaah yang lain kedalam bas untuk ke pusat pemeriksaan. Setibanya sampai disana, pegawai pemeriksaan telaj meminta passport tersebut, tapi malangnya passport tersebut telah bercampur aduk dengan beg-beg jemaah lain yang sepatutnya pasport tersebut perlu dipegang oleh jemaah masing-masing.

Maka terpaksalah ustazah ini mengeluarkan beg-beg tersebut dengan perasaan geram bercampur marah. Dengan kudrat seorang wanita dengan panas teriknya, bapanya perasan akan perubahan pada iras muka anaknya. Maka ditegur oleh bapanya, “Kak chik ini bumi anbiya’” Anaknya masih tidak mempedulikan teguran bapanya. Ditegur sekali lagi anaknya “ Kak Chik ini Bumi Anbiya’” Berulang kali bapanya menasihati dengan kalimah tersebut.

Apabila semua urusan selesai, ustazah ini naik ke bas dengan persaan marah, tapi masih ada rasa terkilan dihatinya akan perbuatanya sebentar tadi. Kemudian ayahnya naik dan mendekati anaknya. “Kak Chik, Kak Chik kena minta maaf dengan ayah, Kak Chik telah menguriskan hati ayah ini Bumi Anbiya’, walaupun Kak Chik seorang ustazah perbuatan itu Kak Chik tahu salah, Kak Chik kena minta maaf dengan Ayah” Tanpa berkata panjang lalu dicapai ustazah ini tangan ayahnya dan menangis semahu-mahunya, jemaah yang lain kehairanan akan perbuatan dua beranak ini.

Sekarang ustazah ini mengerti, betapa mulia dan hikmahnya seorang ayah mendidik anaknya, walaupun anaknya seorang ustazah. 

Thursday, March 22, 2012

Mesej

Seorang pemuda telah menerima mesej dari seorang wanita.

"Adakah berdosa berbalas SMS dengan lelaki yang bukan muhrim dengan perkara yang melaghakan. Rasa diri ini berdosa sangat,
jari-jari yang menekan-nekan SMS digunakan untuk sebenarnya untuk berdoa.

Ampunkan diri ku Ya Allah..

Friday, March 16, 2012

Kecekalan Pokok Pisang

Suatu hari anak pokok pisang telah ditanam oleh seorang pemuda ditepi rumahnya. Selang beberapa minggu kemudian pokok pisang ini tumbuh membesar. Telah sekian lama pokok ini tumbuh, pemuda ini semakin bosan melihat keadaan rumahnya yang semakin semak akibat pokok pisang ini berkembang biak. Lalu pemuda itu menumbuk menedang semua pokok pisang ada sampai tumbang dan lunyai.

Masuk beberapa minggu kemudian, ada anak pokok pisang yang sekelilingnya telah tumbuh, pemuda ini sangat geram, lalu pemuda lelaki itu membakar pokok pisang sampai tak ada rupa langsung pokok pisang.

Selang beberapa bulan, masih ada lagi anak pisang yang tumbuh ditempat asal poko pisang asal itu dibakar. Pemuda ini berfikir, "kalau aku cangkul sampai akar umbi, mungkin pokok ini tak tumbuh lagi". Lalu pemuda itu mengambil cangkul, dan dicangkul akar pokok pisang, hampir tidak tinggal sesisa pun akar pokok pisang. Kemudian dibuang jauh nun sana diatas bukit berhampiran dengan rumahnya.

Selang beberapa tahun, Pemuda itu berjalan, kemudian dia terlihat diatas bukit seperti bukan bukti yang dahulu, yang tiada pokok. Kini pokok pisang yang dibuang telah membiak dan menghuni di bukit tersebut.

Pengajaran dari cerita ini, mari kita sama-sama merenung dan mengambil prinsip pokok pisang ini dalam diri kita. Pokok pisang itu lemah tapi dengan prinsip kecekalanya, ia masih dapat membiak walaupun melalui beberapa rintang yang dahsyat. Kita apa lagi sebagai manusia yang mampu berfikir, bertindak, dan merancang wajib perlu lebih hebat kecekalan kita dari pokok pisang. Kerana Allah mencipta manusia adalah yang sebaikbaik makhluk dimuka bumi.

Wallahualam...

Sunday, January 1, 2012

Biar muka buruk, tapi hati cantik….


Jika ada isteri solehah, suami pun akan dapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah tangga, menjalinkan hubungan keluarga dengan penuh kasih sayang dan lain-lain. Tutur katanya baik, senyumanya menawan dan segala-galanya indah…. Mereka bayangan bidadari syurga didunia.

Mahukan kita menjadi manusia yang memiliki kecantikkan atau ketampanan tetapi musnah hidupnya? Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikkan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdaya oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran, tak kurang juga lelaki yang tampan mampu juga bertindak demikian.