Friday, December 30, 2011

Aku Malu Untuk Berdoa

Salah satu tempat yang mustajab ketika berdoa di Makkah adalah dipadang Arafah( Jika Silap tolong betulkan

Pada musim haji sekumpulan jemaah berkesempatan berada disana untuk berdoa, tetapi salah seorang jemaah tidak mengangkat tangan berdoa pada ketika itu. Jemaah lain kehairanan dengan kelakuan jemaah ini. Selepas selesai berdoa. Salah seorang daripada mereka menghampiri dan bertanya " Maka tadi engkau tidak berdoa di Arafa?" Jawab lelaki itu " Aku bukan tidak mahu mengangkat tangan berdoa kepada Allah, tapi aku malu untuk meminta kepadanya, kerana pengabdian ku kepada-Nya tersangatlah kurang dan amalan ku sangat buruk berbanding dengan nikmat yang telah banyak Dia berikan kepada aku"

Mari dihayati ayat dari surah Al-fatihah ini:

Hanya Engkaulah yang kami sembah (tunduk, kepatuhan, pengabdian), dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan (mengharapkan bantuan dengan cara berdoa)

Cukupkah amalan dan pengabdian diri kita kepada Allah?

tetapi selagi dinamakan manusia sifat kekurangan pastinya ada. Kita sebagai manusia hanya kepadanya kita memohon, dengan sifat malu rendahkan diri kita serendah-rendahnya apabila meminta sesuatu daripada-Nya.

Waallahualam..

Saturday, December 24, 2011

Belajar Iklhas

Ikhlas kita tahu maksudnya tapi payah untuk laksankanya

Ikhlas kita tahu hikmah dan natijahnya tapi kita selalu abaikanya

Ikhlas kita tahu sangat pentingnya ia, tapi mudah kita jauhkannya


Memamg benar kita sudah hidup 50, 40, 30, 20 tahun, tapi adakah amalan yang kita laksanakan

sepanjang tempoh kita hidup diterima Allah.


Maka kita luangkan sedikit masa bermuhasabah, Ya Allah kau angkat dan terimalah amalanku

yang telah rosak atau tidak ikhlas sebagai penyelamat ku di akhirat kelak

Thursday, October 13, 2011

8 Oktober 2011

Sudah masuk minggu ke berapa blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Terlalu banyak ingin dikongsi kepada insan yang sudi untuk berkongsi J


8 Ok tober 2011, Majlis Istiadat Konvokesyen untuk fakulti Perakaunan dan Perniagaan. Selesai 4 tahun aku bergemulang dengan buku-buku akedemik yang masih ada lagi atau tidak dalam simpanan. Sepanjang 4 tahun di Universiti Malaya, banyak perkara yang dipelajari, dan lagi banyak yang belum diteroki kerana sikap yang hanya kadang kala cenderung kepada bidang yang diceburi. Sikap yang tidak seharusnya diamalkan. Para ilmuan dahulu terlalu banyak bidang yang mereka ceburi sehingga mereka benar-benar pakar dalam bidang tersebut. Tapi sayang sikap ini tidak diniatkan sebelum ke alam universiti.


Di tahun pertama ‘study’. Pergh.. sangat mencabar, dikalangan kami bijak-bijak belaka, ‘pointer’ memang gempak-gempak semua, sangat memberi kesan saikologi dalam meneruskan ‘study’ dalam peringkat ini. Boleh dikatakan kesemua kelas yang kena masuk semua tak faham apa ‘lecturer’ cakap, semua ‘speaking english’. Beli buku punya tebal tapi satu apa tak faham. Kadang-kadang ‘down’ sekejap. Ada juga kawan rapat yang terus berhenti. Tapi, dikuatkan semangat, istiqamah kan hati juga dalam perjuangan walaupun terpaksa.


Sekian lama keadaan jadi seperti biasa, ramai kawan membantu walaupun malu nak bertanya, tebalkan muka je la. Yang paling penting niat belajar kerana Allah. Pernah sekali tulis perkataan orang putih, siap diorang gelakkan, memang malu. Tapi nak buat macam mana kita betulkan je la kesilapan kita.


Saat terus berdetik, minit terus berjalan, jam terus berpusing, hari terus berganti, banyak pengalaman telah dilalui terutama sekali dalam JKP Balai Islam. Disana belajar berorganisasi, mengurus, memimpin, berkomunikasi, seterusnya memimpin generasi (adik-adik balai islam sangat seronok dengan anda semua, sebuah pertemuan tidak mungkin terjadi tanpa perpisahan). Walaupun dalam kumpulan yang kecil, sebab untuk memimpin kumpulan yang besar mesti bermula dengan kecil.


Buat adik-adik yang masih berjuang belajar, teruskan berjuang walaupun bukan memegang senapang. Belajar juga satu perjuangan dalam mendidik hati dan sikap menjadi istiqamah kerana Allah. Kepada insan yang sudi menjengah ke blog ini harap dapat manfaat walaupun sikit, sebagai saham diakhirat kelak.

Thursday, September 15, 2011

Unsur bumi yang hebat..

Pada hari tersebut kena masak bongkah cendawan guna kayu api. Sambil membakar kayu api datang salah seorang ‘staf’ sembang ilmu. Dia kata “unsur bumi ini ada 4, unsur mana yang paling kuat?” saya jawab “api sebab panas”, tapi jawapan saya kurang tepat, sebab api boleh dipadamkan dengan air dan tanah. Unsur yang paling tepat yang hebat adalah angin. Sebab apa angin?


Antara 4 unsur tersebut angin adalah unsur yang tidak dapat dilihat. Jika dibandingkan dengan tanah adalah unsur yang dapat dilihat, jika hendak runtuh mungkin kita dapat bertindak contoh buat benteng atau tutup tanah dengan plastik. Kalau air (dpat dilihat sama juga api), contoh nak elakkan banjir parit boleh dibesarkan, longkang dibersihkan akhir sekali buat benteng kat mana patut. Tapi unsur angin kenapa hebat? Mhmmm…


Angin adalah unsure yang hebat kerana angin tidak dapat dilihat. Jika peramal kaji cuaca mengeluarkan kenyataan esok akan ada rebut dengan angi kencang dengan kelajuan sekian-sekian melanda kawasan kita, ada tak cara kita nak halang angin tu untuk tidak melalui kawasan kita atau beralih arah kelaluan lain ada, jika adapun mustahil untuk dilaksanakan. Kadang angin boleh datang tiba-tiba sebab kita tak dapat lihat. Angin juga yang menyokong 3 unsur lain merancakan unsure-unsur tersebut. Cecuba kita fikirkan ya J.


Sambil saya sembang –sembang teringat saya pada pencipta kita. Pencipta kita Allah tidak dapat dilihat, maka Dia lagi hebat sebab tidak dapat dilihat, malah lebih hebat lagi Dia yang mencipta unsur angin tersebut di bumi. Maka kita sebagai makhluk yang kerdil jangan lah terlalu bangga dengan apa yang ada. Ini kerana segala yang kita ada datang daripada Dia juga. Apa yang kita ada hanya pinjaman daripada-Nya untuk digunakan untuk kita yang hakikatnya kita tidak memiliki apa-apa didunia yang fana ini. WaAllahualam…

Wednesday, September 7, 2011

“Padam, Wahai Ali”

Kisah ini berlaku apabila orang Quraisy mula takut dan membuat keputusan membuat perjanjian damai dengan Muhammad. Mereka telah menghantar Suhail Bin Amr kepada Muhammad.


Selepas selesai perbincangan, isi perjanjian tersebut mula ditulis. Muhammad memanggil Ali supaya menuliskan perjanjian. Saksi kepada perjanjian tersebut adalah sekumpulan wakil daripada pihak Quraisy dan sekumpulan wakil daripada orang islam.


Muhammad berkata, “Tulis, wahai Ali, dengan Bismillah al-Rahman al-Rahim.”


Suhail tidak bersetuju. Suhail berkata, “Kami tidak tahu berkaitan dengan al-Rahman. Tulis sahaj Bismikallahumma.”


Ali berkata, “Aku sudah tulis.”


Suhail berkata. “Padam semula.”


Dari awal penulisan perjanjian ini, berlaku pertikaian antara Suhail dan Ali.


Muhammad berkata kepada Ali, “Padam wahai Ali.”


Ali berkata, “Wahai Muhammad, bagaimana aku hendak memadam nama Allah?”


Muhammad bertanya,”Mana dia tempat yang bertulis nama Allah itu?”


Muhammad pun memadamnya dengan tangan beliau sendiri.


Muhammad berkata, “Tulis. Inilah yang dipersetujui oleh pesuruh Allah dan Suhail.”


Suhail tidak bersetuju lagi. Suhail berkata,”Kalau aku percaya engkau pesuruh Allah, tentu aku tidak memerangi kamu. Tulis Muhammad Bin Abdullah.”


Orang Islam mula tidak senang dengan sikap Suhail yang keras. Muhammad meminta Ali memadamkan kalimah pesuruh Allah.


Ali berkata,” Bagaimana aku hendak memadam kalimah pesuruh Allah?”


Muhammad bertanya dimana perkataan itu, Muhammad pun memadamnya dengan tangan beliau sendiri.


Muhammad memang mahu perdamaian walaupun beliau mempunyai hak, tapi bagi tujuan kemaslahatan Ummah. Rasulullah sanggup ketepikan atas hak tersebut. Itu lah Muhammad Bin Abdullah sayangnya baginda kepada umatnya sehingga kini Umat Islam masih lagi merasainya..

Thursday, June 16, 2011

Hari Terakhir Kursus Keusahawanan

Disini terlalu banyak ilmu diperolehi. Prinsip kita akan diduga bagaimana untuk menghadapi situasi. Walaupun sangat bertentangan dengan kehendak orang lain. Tapi ini tidak bermakna kita perlu membuang semua apa yang kita perolehi.

Oleh itu... :) Kepada sesiapa yang berminta untuk menyertai kursua asas keusahawanan anjuran PUSMAL? boleh hubungi saya. Kursus ini adalah percuma kepada semua pelajar dan bekas pelajar Universiti Malaya.

Faedah menyertai kursus ini banyak. Nak tahu kena datang. Kursus akan datang seminggu sebelum mula semestar baru akan datang. Kepada sesiapa yang boring sangat dah duduk lama di rumah. Boleh menyertai program percuma ini

Monday, June 13, 2011

Kursus Keusahawanan

Banyak ilmu yang akan dipelajari, banyak perkara bolef dirasai, banyak situasi yang akan dialami. Dalam mana-mana kursus kita akan mengalami pengalaman yang berbeza..

Tapi pastikan kepada sesiapa yag terlibata dalam mana kursus yang dianjurkan, akhlak perlu diutamakan, pergaulan perlu dikawal. Agar kursus yang dihadiri mendapat keberkatan dari Allah..

Friday, June 10, 2011

Ditempat kerja..

Setiap amanah bukan perkara main-main, jika kita mampu laksankana Alhamdulillah, jika engkau terlupa dan tersalah atau tersilap sedangkan engkau mengetahui batas kemampuan engkau, maka bersedialah engkau akan dipersoalkan diakhirat kelak.

Ada tugasan yang diberikan tidak sesuai dengan bidang yang kita ambil, oleh itu jika tiada orang yang mahir bidang tersebut kita boleh terima tugasan tersebut sambil kita belajar. Masalahnya ada manusia yang tamak supaya kerja atau tugasan yang bos berikan sehingga hampir terlupa manusia itu melaksakan tugasa tersebut. Itukan namanya zalim, menyusahkan orang.

Oleh yang demikian janganlah kita berdengki jika kerja diberikan lebih kepada orang lain, mungkin ada tugasan yang lebih baik kita akan terima. jika perlu tugasan yang memerlukan hanya seorang sahaja perlu siapkan, maka tak perlu kita ambil tahu kecuali diminta diberi pertolongan.

Jangan berpandangan negatif jika kerja tidak diberikan, kerana majikan lebih tahu akan kemampuan kita, jangan bersedih kerana Allah masih bersama kita, walaupun ibu ayah, suami, isteri, abang, kakak, adik, sahabat, kawan tiada disisi kita.

Monday, May 30, 2011

Terasa penat.. Ya Allah.

Hari ini 3 dugaan telah menimpa.. mungkin tidak kita sedari lebih banyak telah Allah beri dugaan pada kita tiap-tiap hari. Tetapi mampukah manusia itu untuk tersenyum dan redha akan ujian yang diberikan?

Maka ketika ada manusia yang yang diberikan ujian macam-macam respon yang tidak sepatutnya keluar sebagai insan digelar manusia yang jawatannya adalah sebagai hamba. Tetapi masih ada manusia yang dirasakan apabila ditimpa ujian sebagai satu wadah meningkatkan iman..

Fikir-fikirkanlah manusia yang jawatanya sebagai hamba..

Saturday, April 30, 2011

Selagi rakyat ku belum kenyang..

Saidina Umar tiba-tiba merasakan perutnya berbunyi. Maka dia pun berkata, "samada engkau terus berbunyi atau engkau berhenti dari berbunyi, aku tidak sesekali akan makan selagi rakyatku belum kenyang"

Satu ungkapan yang keluar dari pemimpin yang agung dalam mengenai keperihantnanya kepada rakyatnya.. Tapi pemimpin kini sudah lari jauh dalam tanggungjawabnya kepada rakyatnya. Boleh dikatakan mereka perlu lebih dahulu kenyang sebelum rakyatnya kenyang.

Sunday, April 10, 2011

Pastinya ada...


Insan sebagai hamba makin dia hendak mendekati pencipta, semakin banyak dia akan menerima ujian dari-Nya..

Maka jangan lah kau malu untuk meminta apa-apa dari-Nya.. mungkin apa yang engkau tidak sangka aka wujud dan kau alami didepan mata tanpa enkau sangaka


Bijak pandai ada mengatakan: Diam itu banyak hikmahnya, tapi hanya sedikit manusia yang medapat faedah darinya,,

Friday, March 18, 2011

Cara baca buku dengan betul.. Boleh cubaJ

Sebelum pergi kerja, rutin harian waktu pagi-pagi buka radio. Ada satu slot yang dipanggil motivasi pagi. Selepas buat air semua siap, buka radio kuat sikit sambil mengadap segelas neslo dengan biskut J.


Tajuk motivasi pagi hari itu ialah “Bahasa anak mata” tajuk jarang didengar tapi menarik untuk diketahui jika diikuti. Dalam kehidupan kita seharian kita mungkin tidak terfikir yang mata yang Allah ciptakan untuk manusia mempunyai bahasanya yang tersendiri.


Disini saya nak berkongsi 6 jenis bahasa mata yang utama yang mana dapat mengambarkan karakter individu dan cara kita mengakses maklumat dengan lebih efektif atau berkesan terutama dalam proses pembelajaran samada formal atau tidak formal.


Pertama: Anak mata bergerak kekanan dan keatas

Individu ini dikatakan lebih cenderung kepada pemikiran visual. Maksudnya mereka ini akan mencipta visual baru untuk menerima maklumat


Kedua: Anak Mata bergerak kekiri dan keatas

Individu ini sedang mengingati visual yang sebelum ini mereka pernah lihat atau pernah baca


Ketiga: Anak mata melirik kearah kanan telinga

Individu ini dikatakan sedang menghayati bunyi atau pendengaran yang dia tidak pernah dengar sebelum ini


Keempat: Anak mata melirik kearah kiri telinga

Individu ini menegingati semula pendengaran yang sebelum ini pernah didengari oleh individu tersebut.


Kelima: Anak mata kearah bawah kanan

Individu sedang menghayati atau sedang mencari sesuatu


Keenam: Anak mata kearah bawah kiri

Individu ini dikatakan sedang berdialog secara dalaman samada dia marah geram, malas dan sebagainya sama seperti bahasa anak mata kelima. Yang mana perkataan itu diluahkan secara terus.


Apakah kepentingannya kita mengetahui bahasa anak mata? Disini saya bagi satu perkara yang mungkin boleh kita praktikkan. Apabila kita mengulangkaji pelajaran untuk “test”, kuiz atau exam ke. Kita ubah posisi belajar, bagaimana? Apabila kita hendak membaca buku, kita letakkn buku disebelah kanan dan atas sikit dari mata tidak perlu tinggi ikut keselesaan. Ini kerana apabila kita berada di posisi ini minda bawah sedar (subconscious mind) kita akan membentuk satu visual dalam minda yang mudah untuk menerima maklumat. Bagi buku yang berat-berat yang buat lah nota ringkas untuk memudah tips ini dilaksanakan


Apabila waktu exam telah tiba, dan soalan didepan mata, bahasa mata juga memainkan perananya. Apa perlu kita buat, letakkan kertas soalan itu disebelah kiri mata kita dan keatas sedikit. Jika anda semua perasaan cuba perhatikan kedudukan kita sebelum ini apabila sedang menjawab soalan. Bagi individu yang menulis tangan kiri mungkin posisi ini agak jangal sedikit untuk dilakukan nak cuba boleh je. Dalam kedudukan ini minda bawah sedar kita mengningati visual yang pernah kita lihat apabila kita menjawab soalan, denga makna lain, kedudukan ini bertindak sebagai suis bagi mengingati semula visual yang bawah minda kita telah bentuk semasa proses pembelajaran.


Selamat mencuba …. Wallahualam… J


Saturday, February 26, 2011

Adakah diterima...



Ya Allah.. jika niat ku ini untuk menghasilkanya bukan kerana-Mu, aku harap Kau ampunkan aku.. kerana Engkaulah yang paling berhak keatas makhluk samada yang hidup atau mati. Jika sebaliknya..maka tenangkan lah diriku dengan ketentuan-Mu...

Syabab mencari Kekasih Agung


Ada seorang pemuda, telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajara ke luar negara. Bersemangat pemuda itu menimba ilmu dinegara orang putih (bahasa kampung). Apabila pemuda ini sampai dan menjejak kakinya di negara tersebut, kehidupannya sama sepertimana dia berada di negara asalnya.


Dijadikan cerita, setelah beberapa lama kemudian kehidupanya semakin lama semakin berubah dan bebas. Kisah ini diceritakan oleh pemuda tersebut, apa pemuda itu kata “ sepanjang saya berada di negara tersebut, boleh dikatakan tiada satu dosa pun yang saya tidak pernah buat, saya bebas melakukan apa2, tanpa ada sesiapa yang boleh menghalang saya”. Lihatnya bagaimana pemuda itu begitu cepat berubah dengan persekitaran, seharusnya bukan persekitaran yang mengubah manusia, tetapi manusia yang mengubah persekitaran agar lebih baik lagi. Kemudia pemuda ini menyambung kisahnya lagi “kadang-kadang tu, selepas saya membuat dosa, disudut nun jauh dilubuk hati saya timbul perasaan serba salah, yang menyebabkan ketenangan dan kebahagian itu tidak ada dalam kehidupan saya. Apa yang saya buat, saya akan telefon kawan-kawan saya macam biasa, ajak keluar minum arak, mungkin akan tenang diri saya ini, tapi tidak juga, malah lebih teruk lagi ada”.


Kemudian Pemuda ini berfikir, lama juga berfikir katanya “Aku teringin nak pergi masjid, sudah lama aku tak menjejak kesana”. Disaat dia duduk sekejap didalam masjid itu, ketenangan yang dia cari selama ini, rupanya disini lah tempatnya di Rumah Allah, Masya Allah betapa kuat kuasa hidayah, dengan hanya niat pemuda ini untuk masjid, Allah telah memasukkan nur hidayah kedalam hatinya.


Kepada pemuda-pemudi, selagi mana kita masih berpeluang mencari Kekasih, cari lah Dia. Jika hari itu Allah telah menentukan kita dijemput oleh-Nya dengan dosa banyak yang banyak kita telah kumpulkan dan mungkin pada masa itu tiada peluang bagi kita untuk mencari Kekasih yang sebenarnya



Friday, February 18, 2011

Tidak mampu mengawal akibat…


Seorang ayah telah pulang dari tempat kerja dengan membawa kereta baru yang telah 2 atau 3 miggu ditempah dari tempat jualan kereta. Si ayah ini begitu teruja dengan kereta barunya. Sudah pasti apabila telah memiliki kereta baru manusia akan terlalu menjaganya takut terjadi apa-apa yang tidak elok pada kereta tersebut.


Semasa si bapa membawa pulang kereta barunya, si bapa sempat membeli pensel warna dan kertas lukisan baru untuk anaknya. Dia mengetahui anaknya ini sangat suka melukis tidak kira, atas kertas atau didinding. Bagi mengelakkan anaknya membuat apa-apa terhadap kereta barunya, dia rasanya ini jalan penyelesaianya.


Dijadikan cerita, si ayah ini terlalu sangat sayang kepada kereta barunya, setiap masa dia pasti akan menjenguk kereta, sampai sebelum nak tidur dia akan pastikan kereta tersebut dalam keadaan baik.


Pada keesokkan harinya, si bapa telah bersedia untuk pergi bekerja seperti biasa. Si ayah berangan-angan akan pujian yang diterima nanti setelah sampai dipejabat. Belum sempat si ayah membuka pintu kereta tersebut, si Ayah telah menjerit “Argghhhhh….sampai punya kerja ni” geram marah si ayah ini melihat kereta baru mempunyai kesan calar yang panjang dari depan sampai belakang. Terkejut si isteri mendengar. Jiran sebelah mula berpandangan, terpinga-pinga mereka.


Bila amarah telah menyelubungi hati manusia, takkala itu pertimbangan akal tidak menjadi rasional untuk bertindak. Si ayah tanpa berfikir panjang terus mendapatkan anaknya yang sedang leka bermain. Si ayah terus menarik tangan si anak, dan menyeret anak ini keluar melihatnya keretanya. Si ayah dalam keadaan geram terus bertanya,”Adik! ni siapa yang calarkankereta ayah?” Dalam keadaan ketakutan si anak ini menjawab “Aa..aadik ayah”. Si ayah bertambah geram, dia masuk kedalam terus dapatkan satu pembaris besi untuk menghukum anakya. Si ayah terus menarik tangan kecil anaknya itu, lalu di pukul tangan anak itu berkali-kali tanpa menghiraukan rayuan anaknya yang sedang menahan kesakitan dan si ibu hanya mampu melihat dan tidak mampu menahan perbuatan si suami.


Selepas si ayah puas menghukum anaknya, ayah tadi menuntut semula pensel warna yang diberi kepada si anak ini. Si ayah terus keluar dengan membawa sifat amarah yang masih menyelubungi. Pada hari itu si ayah terus membawa kereta ke bengkel untuk dibaiki kesan calar tersebut. Si ayah bertekad tidak mahu pulang kerumah pada hari itu disebabkan perubatan anaknya yang masih kecil itu, sampai begitu sekali tahap kemarahan si ayah.

Pada sebelah petang, telefon di pejabat si ayah berbunyi dan segera di jawab, “Helo bapak..adik demam panas” jawab pembantu rumah. “Biarkan dia, biar dia rasa, supaya dia ingat sampai bila-bila” jawab si ayah. Kemudian si ayah terus menghempas telefon pejabatnya, tanda amarahnya masih membara mengenangkan anaknya itu.


Berapa jam kemudia, telefon yang sama berbunyi, “Nak apa lagi” jawab si ayah. “Assalamualaikum encik maaf menggangu, ni Encik Zulkifli ke?” kali ini bukan dari pembantu rumahnya tapi dari hospital. “ya saya” si ayah menjawab. “Encik perlu segera datang ke hospital sekarang, kerana saya memerlukan tandatangan dari encik” jawab pihak hospital. Tanpa banyak persoalan si ayah dengan segera pergi ke hospital berkenaan. Sepanjang perjalanan, pelbagai andaian telah singgah kedalam kotak fikiran “apa kena dengan orang hospital ni, tiba-tiba telefon aku nak minta tandatangan, Takkan pasal anakku, tak mungkin, tak mungkin” si ayah cuba menenangkan dirinya sendiri sambil memandu kereta yang baru dibaikinya..

Apabila si ayah sampai sahaja di hospital, si ayah diarahkan untuk berjumpa dengan doktor yang bertugas pada hari itu. Belum sempat si ayah bertanya tentang tujuan tandatangan tersebut, “En. Sila tandatangan disini ya” arah doktor tersebut. “????” Si ayah kebingungan “untuk apa saya tandatangan borang ini doktor” Tanya si ayah, “encik, anak encik tangannya perlu dipotong kerana telah dijangkiti kuman, dan kuman tersebut telah sampai ke dalam tulang, jika tidak segera dipotong, mungkin akan membawa maut kepada anak encik” jawab doktor tersebut. Hampir pitam seakan jantung si ayah terhenti tidak percaya perkataan yang keluar dari mulut doktor tersebut.


Apabila selesai si ayah menandatangani borang tersebut, segera berlalu pergi memberi arahan kepada jururawat yang bertugas ‘standby’ untuk pembedahan. Si ayah tidak mampu berkata-kata, perasaan serba salah telah memadamkan api kemarahan terhadap anaknya.


Pembedahan selamat dijalankan, dan si anak tersebut disahkan selamat. Tidak lama kemudian, si anak sedar dari pembedahan. Insan yang pertama dilihatnya adalah ayah yang telah memarahinya. Air mata si anak terus mengalir, si ayah terus mendapatkan anaknya.. “ayah..adik minta maaf, adik tak nak buat lagi, maafkan adik ayah” si anak merayu dimaafkan “ayah..pulangkan kan pensel warna adik, adik suka melukis…adik janji adik tak conteng kereta ayah lagi” berulang –ulang janji anaknya, air mata si ayah mula mengalir dengan kata janji anaknya yang ketika itu si anak tidak tahu yang tanganya sudah tiada. Apabila si anak sedar ada yang tidak kena pada tanganya “ayah…pulangkan tangan adik, adik janji tak nak buat lagi, maaf kan adik ayah.., pulangkan tangan adik” kali si anak menjerit apa air matanya terus mengalir laju, tidak mengendahkan insan sekeliling, si ayah tidak mampu berkata apa, air mata si ayah terus mengalir sambil memeluk erat anak kecil itu.

Manusia boleh mengawal tindakan, tapi tidak mampu mengawal akibat. Perkara yang sudah berlaku manusia tidak mampu mengubahnya. Manusia dikurniakan akal oleh Allah untuk mengawal tindakan bagi menghasilkan akibat yang berlandaskan Al-quran dan As-sunnah yang semestinya bersifat kemanusiaan sejagat.

Saturday, January 22, 2011

Tanpa Tajuk.

Sudah sekian lama tidak kemaskini blog Muhammad Al-Fateh.. Kali ini insya-Allah akan teruskan konsistensi dan istiqamah dalam saling nasihat dan mengingati sesame manusia.

Firman Allah: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (Surah Al-Asr ayat 1-3)

Dalam situasi kini, insan kerdil telah kembali seperti kehidupan seperti mana di zaman Universiti dahulu. Jika diizinkan, ingin sahaja kembali ke masa itu. Kehidupan dulu pergi s berjalan kaki pun boleh, tapi kini kena naik kenderaan (roda dua tanpa motor), itupun kadang2. Ujian-ujian, kalau tak kuat memang tak pergi langsung. Ya Allah tolong kuatkan aku untuk istiqamah dijalan-Mu. Tapi aku bersyukur pada-Mu ya Allah, tanpa ujian itu, mungkin aku kadangkala mengingati-Mu.

Tetapi kehidupan manusia itu tidak selalunya indah, maka sudah pastinya langit Ilahi tak selalu cerah dan malam kadangkala suram tanpa bintang. Wah… bermadah tak ingat…J. Adaptasi dari lagu je ni..

Untuk sahabat2 yang masih dalam perjuangan di Universiti, ingatlah perjuangan tidak hanya akan selesai disitu. Perjuangan mu selepas ini akan lebih dahsyat, lebih dahsyat daripada apa kamu fikirkan iaitu perjuangan menghadapi diri mu sendiri (nafsu). Tetapkan dan set kan dalam fikiranmu, manusia itu tidak akan lepas dan tidak akan boleh lari dari perjuangan (cuba kamu fikirkan perjuangan apa lagi?) selagi mana Malaikat Izrail tidak mencabut roh mu dari dalam dirimu..

Kuasa Sebuah Kasih Sayang..

Disalah sebuah kampung tidak pasti dimana, yang pasti ianya wujud J. Seorang pekebun yang memiliki sebuah kebun durian di kawasan rumahnya. Pada ketika itu musim durian berbunga sudah tiba. Si pekebun berangan-angan akan hasil durian yang dia akan perolehi. Tetapi ada sekumpulan makhluk Allah yang paling unik sudah mula mengintai-ngintai kebun durian tersebut. Dilihat kan mahkluk tu seakan tertarik dengan bunga yang sedang berputik di pokok durian itu.

Makhluk yang dimaksudkan adalah kera dan seangkatanya yang pakar bab-bab mencuri makanan di kawasan kampung. Kera tersebut tidak menunggu lama terus melulu dari dahan ke dahan untuk makan apa yang terhidang. Hampir kesemua bunga durian disitu hampir dilesapkan oleh sekumpulan kera.

Dijadikan cerita, apabila datang si pemilik kebun, geramnya bukan kepalang pekebun ini. Apa yang diangankan selama ini mungkin tak menjadi kenyataan. Menyumpah-nyumpah pekebun ini kepada makhluk tersebut. Kali ini dia nekad, akan menunggu makhluk yang menggangu itu, apabila terjumpa sahaja dia akan terus tembak. Dia tak kira, sabarnya sudah melebihi batasan.

Pada keesokkan harinya, pekebun ini dengan terus dengan niatnya untuk member makhluk tersebut. Tidak berapa lama kemudian, dari jauh dia nampak satu pokok yang sedang ligat bergoyang, dengan serta merta terus pekebun ini lari menuju ke pokok tersebut. Apabila sampai sahaja, dia mendongak keatas, dilihanta seekor kera sedang asyik membelasah bunga durian yang baru sahaja. Dengan segera pekebun ini mengacu senapangya kearah sasaranya.

BAMMMMM…….

Sunyi sepi keadaan kebun tersebut hanya kedengaran jeritan kera lain seperti memberitahu ahli lain yang seorang daripada anggota kumpulanya sudah cedera. Apabila pekebun ini melihat sasaranya telah mengena, tersenyum puas tanda dendamnya terbalas.

Apabila pekebun ini melihat darah telah membuak-buak keluar dari badan kera ini, terkulai layu kera tersebut, seterus jatuh. Belum sempat ia jatuh dari dahan tersebut, sempat tangan kera ini berpaut pada dahan lain. Bila diamati oleh pekebun ini, maka jelaslah kera yang ditembak oleh pekebun ini adalah seekor ibu kera, dana anaknya berpaut menjerit meronta ketakutan di tengkuk ibunya itu apabila melihat ibunya telah ditembak, mujurlah anak kera tersebut tidak menjadi sasaran peluru pekebun.

Disaat nyawa ibu kera ini dihujung tanduk, dengan darah yang membuak-buak terus menitis ke bumi. Pada saat itu juga, ibu kera ini, mengambil anaknya terus disusukan, walaupun dirinya lemah untuk berbuat demikian bagi meredakan kesedihan si anak kera itu. Begitu kuatnya kuasa kasih sayang antara dua makhluk itu, walaupun akal mereka tidak sesempurna manusia. Maka sayu pekebun ini apabila melihat kelakuan si ibu kera yang hampir tiada daya lagi. Air mata pekebun ini mula merenak, perasaan serba salah menerjah dalam dirinya. Apa yang dilihatnya, tidak pernah terlintas difikiranya.

Apabila selesai si ibu ini melaksakan tanggungjawab menyusu anaknya. Dipegang anak, dan diletakkan ditempat yang tinggi. Sejurus selepas itu… BUKK! Ibu kera ini jatuh dan sedang bergelut dengan nyawa nya yang masih bersisa.. sayu si pekebun ini merenungya. Kemudian si ibu kera ini akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lantas suara jeritan kera-kera lain semakin lama, makin menghilang, mungkin sudah ketakutan…

Bila difikirkan semula, begini kuatkah kuasa sebuah kasih sayang dalam kehidupan manusia berbanding haiwan yang tidak sempurna akalnya. Bagaimana kita manusia? Adakah kasih sayang kita sesama manusia selari dengan akal fikiran kita yang sempurna ini? Segelintir manusia lebih teruk dari haiwan ada, anak yang dilahirkan ditinggal ditepi jalan, dalam tandas dan lebih teruk lagi dalam tong sampah. Bayi itu tidak diminta dilahirkan, tetapi manusia itu yang bertanggungjawa melahirkanya.

Tentunya malu Nabi Allah kita akan melihat akan umatnya semakin jauh dengan tuhanya.