Saturday, March 27, 2010

PaNdaNgaN NafSu..

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan mata selalu tersalah.
pandangan nafsu selalu melulu,
pandangan hati itu yang hakiki,
kalau hati itu bersih

Bait lagu masa awal remaja dulu selalu dengar, tapi memandangakan masa itu insan ini tidak memahami apa yang tersirat disebalik bait2 kata tu..dan kini insan ini terasa seperti terkena pada diri sendiri..dimana insan ini melakukan sesuatu perkara itu, hanya berdasarkan nafsu, dan kurangnya kawalan dari akal yang diciptkan...

Tetapi terkadang insan ini, selalu cuba mengingati diri sendiri agar kembali pemikiran insan ini kejalan Nya...

Semalam insan ini dapat juga balik kg..Kg insan ini dekat je..x la sampai perak ke, kedah ke..area selangor juga...dekat kan bagi yang tak tahu:)... sebenarnya balik ke kg insan ini berbagai cabaranya...dari pada mula keluar nak balik... hingga sampai ke rumah...masyaAllah...hanya tuhan yang tahu... tapi kadang2 tu tumpas juga...cuba bangkit segera mengingati Nya... manusia x lepas dari lupa...

Sepanjang perjalanan pulang, insan ini cuba balik dengan cara yang lain sikit, kalo sebelum naik KTM dl. tapi sekarang nak naik dari Kl plak dgn Bus...wah..sebenarnya x tahu pun kat mana nak naik bus tu...tapi cuba jg la mencari, tanya orang bus mana2 yang jumpa..macam2 reaksi plak tu... time mencari tu lapar pelak..nak bl yang tepi jalan.. risau plak..cuba cari alternatif lain..akhirnya jumpa 7 eleven, dapat juga beli roti...tp x beli air plak..thn je la...dan akhirnya sampai juga kat tempat yang dicari...x ramai orang yang tunggu bus tu..

Sementara tunggu bus yang x datan2 lagi..tengok gelagat orang yang lalu lalang..macam2 gaya ada...x pernah aku tengok suasana Kl waktu pagi...lagi time hari oran keje...tujuanya buka suka2 tapi..mencari kebenaran yang selama ini dipendamkan mengenai masyarakat yang tinggal di ibu kota...

Apa yang dapat disimpulkan..baru insan ini duduk berapa jam di bangku bus stand, berbagai ujian yang datang..mungkian ada yang faham..kalo nak tau pegi cuba sendiri..lokasinya kat mana2 pun leh..kalo leh cuba berjalan mencari, jangan la statik..mungkin terasa sedikit terkilan jika memahami dengan lebih mendalam apa yang insan ini rasa...Wallahualam...

Wednesday, March 24, 2010

Allhamdulillah...


Allhamdulillah..dapan juga insan ini mencari keindahan dalam blog yang baru update ni..Seronok rupanya edit2 blog ni...dapat kepuasan disamping dapat mententeramkan hati insan ini, dengan keajaiban yang Allah ciptakan..

Manusia dicipta dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan, dengan itu manusia akan sentiasa saling memerlukan bagi menyelesaikan sesuatu masalah..

ALLAHUAKBAR....

Tuesday, March 23, 2010

Sakit....


Sakit..."kenapa sakit ni, buat apa la semalam sampai jadi macam ini."

Ungkapan diatas selalu kita dengar apabila ada insan yang sakit mederita, x kisahla berat ke ringan penyakit. Tapi kita sebagai manusia fikir apa hikmahnya Allah Cipta kan penyakit untuk makhluk. Penyakit, semua makhluk akan merasainya, dari sekecil zarah, hingga sebesar makhluk yang Allah ciptakan, masing2 mempunyai penyakit, tapi perasaannya berbeza utk setiap makhluk.

Insan ini ada terbaca sebuah buku, tapi malangnya, buku 2 saya hampir kurang ingat, kadungan utk setiap bab yang di tulis lebih kurang sama, tapi hikmahnya berbeza, better insan ini baca balik, sebab x ingat pulak.

So, itulah penyakit insan, selalu mudah lupa, padahal benda tu kecik je..MasyAllah, besar dan banyak hikmah yang Allah jadikan utk manusia, hanya manusia sahaj yang tak mahu berfikir...

Monday, March 22, 2010

Tazkirah...


Bila la insan nak konsisten bagi tazkirah. Bagus sebenarnya saling ingat mengingati..tapi kenapa insan ini jarang-jarang buat.. Dalam kepala banyak perkara nak cakap, bila nak keluarkan masyAllah, pening dia buatnya nak cari idea..

So, bagaimana nak tingkat kan dir sepaya dapat memajukan diri, seterusnya berani berhadapan dengan situasi yang kita tidak pernah hadapi...

Tapi insan ini risau.. sebab apa, jika apa yang diucapkan nanti, insan ini tidak lakukanya.. malah insan galak pula melakukanya..

Dalam satu hadith Rasuluallah s.a.w ada berbunyi lebih kurang macam ini, sampaikan lah daripada aku, walaupun satu ayat. begitu besar hikmah nya, walaupun kita menyatakan kebaikkan kepada orang lain..

Tapi insan ini akan cuba sebaiknya, dan setakat ini, insan cuba membaca kan hadith dikhalayak ramai. walaupun seketika masanya...insyallah akan diteruskan dari masa ke semasa...

DeLUsi UmMi...

Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…

"Terkenang kan ibu dikampung yang banyak berkorban untuk kami adik beradik dalam semua hal"

"Tidak mampu kami membalasnya, hanya keikhlasan doa yang mampu kami sampaikan untuk Ibu kami yang tersayang.... "

Saturday, March 20, 2010

Azimat Ibunda & Insan Pewaris Bangsa...

Dua buah lagu nasyid yang dibawa bertanding dalam pertandingan nasyid festival seni Universiti Malaya utk kolej kediaman 3...Banyak halangan, pahit getir, rintangan yang perlu dirempuhi bagi melaksanakan tugas sebagai pengurus nasyid. sedikit letih juga, tapi puas kerana sempurna sudah amanah ini, walaupun hasilnya tidak memberangsangkan.

Jika dilihat dari segi lahiriahnya kami berkumpul bernasyid disurau, walaupun ada yang datang ada yang x datang, itu suma cabaran sebagai insan ini untuk melatih insan ini = bersabar dalam melaksnakan tugas..Disurau kami bernasyid walaupun suara x sedap, tapi insyAllah mungkin niat baik kami ini dipandang mulia oleh Allah swt.

Sepanjang latihan nasyid berlangsung banyak suka duka, gelak ketawa, gelagat ahli ketika bernasyid..tapi memang seronok, walaupun perangai orang lain2 tapi still boleh tolerate lagi..Pertandingan nasyid sudah 2 3 hari berlalu, mungkin selepas ini mungkin amat jarang sekali berkumpul dan bersua, tetapi insyallah, selagi ada no phone tersimpan dalam HS masing2, insyallah mugkin x lupa kot, harap2 harap la.

Untuk junior lelaki nasyid, anda adalah pemangkin bagi meneruskan dakwah ini.. walaupun anda mempunyai minat muzik yang berbeza, cuba lah terapkan sekali teliga anda semua dengan alunan lirik nasyid yang mungkin memberi peringatan dan ingatan dalam kehidupan sekalian.

Untk insan muslimat yang berada disurau, terima kasih kepada kalian, kerana mampu menahan telinga anda mendengar suara kami yang x sedap..tapi itu lah tempat paling sesuai utk kami berkumpul..

Untk insan muslimat yang pada mulanya ingin mnyertai nasyid, insan ini minta maaf kerana terpaksa menolak permintaan anda, saya yakin anda ikhlas untuk menyertai, tetapi keputusan terpaksa dibuat bagi menjaga kemaslahatan Ummah, saya tetap dengan pendirian saya walaupun di sindir oleh orang lain.. walaupun kolej lain ada menghantar penyertaan muslimat, biarlah mungkin mereka ada pendapat mereka sendiri. bagi saya ini lah yang saya rasakn terbaik untuk anda...

Friday, March 19, 2010

Kem Pemantapan Rohani..Dah Mantap ke?


Insan ini akhirnya post something lagi untuk dikongsi...insan ini seperti suka untuk menaip setiap perkara penting yang mungkin dapat dijadikan pengajaran atau iktibar untuk dikongsi..Kita manusia kan, x lepas dari kesilapan...insan ini masih kadang-kadang tidak mampu untuk mengucapkan sesuatu dihadapan orang ramai seperti memberi nasihat...



Pada post kali ini, ingin berkongsi pengalaman mengenai program yang diikuti di Universiti Malaya...aktiviti ini atau dikenali sebagai kem pemantapan rohani telah diadakan pada 12,13 & 14 mac 2010...iaitu jumaat sampai ahad..banayak aktiviti yang dijalankan memang seronok dan kelakar pun ada, tapi memang best dan sedikit penat tu biasa...ada insan lain mengatakan, kita sebagai manusia jangan biarkan diriberhenti dari usaha, walaupun lelah untuk melakukan itu lah tanda manusia muslim yang mampu mengorak langkah mendepani cabaran mendatang...

berbalik kepada program ini, program adalah anjuran JKP Balai Islam, dan program ini juga atau dikenali sebagai projek dikendalikan seluruhnya oleh pelajar tahun pertama..diucapkan syabas dan tahniah memandangkan projek ini julung2 kali diadakan tanpa ada pengalaman lalu yang boleh dijadikan panduan..memandangkan ada senior a yang membantu akhirnya projek ini berjalan seperti yang dirancang walaupun ada sedikit kesilapan dan kekurangan yang melanda..tapi itu biasa kan...

Menerasi nama projek yang ditetapkan, amat jelas dan direct tujuan projek ini dijalankan utk memantapkan rohani...tetapi secara peribadinya projek ini lebih kepada menguatkan fizikal dan keyakinan diri...ini kerana sebahagian aktivit yang melibatkan rohani tidak dapat dilaksanakan seperti qiamullail, tapi mungkin sebab salah tulis perkataan qiamullail, jadi qiamollail...tapi x mengapa, mungkin dapat dilaksanakan apabila selesai projek ini...

Sepanjang projek ini berlangsung, antara aktiviti yang dijalankan seperti paintball, LDK, jungle tracking, river navigation, xplorace, ceramah mengenal diri dan kuliah disamping aktivit wajib yang lain...

Sepanjang kem ini berlangsung banyak perkara baru diperolehi, pengalaman yang ditimpa, yang pastinya hubungan antara ahli dapat ditingkatkan..pada masa ini masing2 saling bergantung antara sama lain, disinilah masing mengenal sesama mereka, terpancar senyuman walaupun penat...

Disini hendak disimpulkan, adakah projek ini memberi kesan kepada rohani sendiri, hanya empunya badan sahaja yang tahu...ada seorang staff pengurusan di kem tersebut ada menyatakan pendapat mungkin seperti cadangan untuk kem ini.." memandangkan projek ini kunci nya utk rohani sepatutnya kita lebih mendekat diri kita kepada Allah seperti berzikir berulang kali" ini mungkin pendapat beliau. ini kerana bagi beliau apabila melakukan aktiviti zikir mungkin mendatang lebih rasa kehambaan dan mencapai objektif projek ini...insyallah pada tahun hadapan dapat di perbetulkan kembali agar kembali kepada matlamat asal...

Sebenarnya banyak yang disampaikan oleh hamba Allah tersebut, terlalu banyak, mungkin akan memberi kesan kpd kita. Ha... lagi satu berkaitan dengan cara menegur sahabat lain utk melakukan kebaikkan kita, dia ada memberitahu, apabila kita hendak menegur seseorang, bercakap dan tegurlah melalui hatinya...bukan dari telinga, ini kerana hati lebih memberi kesan daripada teliga yang mendegar..ada seorang hamba Allah mengadu kepada Tuk Guru nya. Mengapa dia telah menegur sahabatnya, tapi still tidak diterima, tok guru tu menjwb mudah je, di suruh hamba Allah ini pergi smbahyang taubat...hendak dipendekkan cerita, maksudnya disini, sebelu kita hendak perbetulkan orang kita perbetulakn diri kita sediri dan perbaiki hubungan kita dengan Allah macamana sebelum menegur insan lain...panjang juga celoteh beliau, tapi nasib sempat makan lepas tu, kalo x kempunan kami...hehe...

Mungkin ada tulisan yang tidak dapat difahami...tapi itulah kelemahan insan ini:D

Jadilah insan yang mampu buat insan lain tersenyum

Subuh2 lagi ada orang kjut suruh pegi azan....rasa berat sangat...sebab tdr kat lantai simen...sakit satu badan bila bgn...hehe saje je..sbb tkut pagi ni bgn lewat... tkut tak sempat nak panggil kawan sembahyang jemaah.. lastly tercapai juga..

Sebenarnya ramai dan bagun ada jg yang tdor lagi, macam roomate saya alhamdulillah datang jg walaupun tak selalu...yang mula td ngantuk..tb2 jd sedar hbs...terus suruh romate qamat...sdp juga dia qamat..kalo azan lagi sedap. Tapi itu tak penting, yang penting buat sesuatu ikhlas kpd Allah...

Lepas subuh buat aktiviti macam biasa, tapi ada tambahan, baca taa'lim. ok jg walaupun yang mendegar hanya seorang, romate saya. kemudian...pegi jalan2 depan office kolej 3rd, kalo ada sebarang info yang boleh diketahui..sebagai mahasiswa kena alert dgn notis yang ditampal, kalo tak sian orang yang tampal notis 2, tapi xda orang yang baca... banyak jg notis br tampal..leh bgatu member nant...

sebenarnya pegi situ nak tgk dewan makan, dah buka belum..hahaha..Alhamdulillah nasih baik buka, tak perlu naik bilik lagi, terus menerjah pegi dewan mkan, hari makan burger...

Pagi ni ada class ADV AIS...mgkn satu jam je...blajar sign attendance dapat 6 markah..senang je...lecture pn sempoi...tapi yang paling penting, ilmu yang diberi sebagai panduan kita dimasa akan datang...insyallah...

Untuk hari ini, jadilah insan yang mampu buat insan lain tersenyum terhadap kehidupanya...mungkin tidak semua bersependapat kan..tapi bagi insan ini..ini lah yang dirasakan terbaik untuk memperbaiki kehidupan yang lebih sempurna...insyallah...senyum itu adalah sedekah..semoga kita sentiasa didalam redhaNya.....:D

Hati....Allahuakbar

Seringkali insan ini trasa amat pedih dan terseksa sekali dengan ujian yang yang tidak diduga...tapi hikmahmya masyAllah, hanya Allah yang tahu betapa nikmat ini tidak semua insan manusia dapat merasainya...tetapi manusia pada masa kini senantiasa gembira apabila dirinya tidak diuji atau diberi cabaran. Kerana setiap dugaan menimpa tanda Allah masih sayang dan ingat pada kita.

Kini insan ini dalam hati berlaku konflik yang amat meragukan pada diri sendiri..dan insan ini sedaya upaya untuk mengabainya...supaya diri ini dekat dan ikhlas untuk pencipta..tetapi insan ini manusia dan selalu terlupa sehingga melayang pemikiranya entah ke mana...adakah patut insan ini mengabaikanya? rasanya hati ini berat kepada tidak patut..kadang2 tidak mampu dan menyebab insan ini bercakap sendirian dan membayangkan sesuatu yang belum lagi terjadi

Memandangkan insan ini masih belajar, dan banyak tanggungjawab yang belum lagi dilaksanakan terutama kepada ibu bapa dan semua ahli keluarga...dikala insan ini bersendirian, dikala itu insan ini teringat akan dosa maksiat yang dilakukan..dikala itu secara selarinya air mata insan ini akan beronak di anak mata yang terus tidak mampu untuk menahanya terus jatuh apabila mengenangkan..tetapi malangnya, muhasabah itu hanya sementara, tidak berapa lama kemudian insan ini akan ketawa semula, dan lupa akan kejadian tadi kepada Allah...

Dalam hati insan ini ada dua insan yang mengusik..dan itu lah dugaan yang menimpa diri ini...semoga dengan dugaan ini, insan ini akan lebih dekat kepadanya...insyallah............

Thursday, March 11, 2010

Kembali Menangis Kepada Mu


Terasa insan ini terpanggil utk menyumbang sesuatu..tapi apa yang nak disumbangkan? Duit? idea? tenaga? ilmu? atau lain-lain..

setiap hari manusia itu melakukan ibadah kepada Allah, berdiri, ruku' sujud i'tidal semua ada insyallah cukup sempurna diharapkan Allah menerima amalan manusia itu yang sedikit itu..

tapi mengapa...insan masih melakukan perkara yang amat berat dosanya..kenapa? terasa insan ini naklari jauh-jauh..tapi sampai mana kita nak lari..jauh mana kita boleh sampai utk lari dari masalah yang membelenggu.,,

Insan ini terasa ingin kembali tenang seperti dahulu...menangis didepan mu selalu agar diampunkan dosa..tapi kenapa sekarang tiada?

Ya Allah berikan ku ketabahan dan kekuataj dan kemampuan untuk mencapai hasrat dan keinginnan ku utk berkahwin dengan insan yang ku pilih..ku harapkan dia menjadi milikku...jika tidak, aku tidak mampu melawan takdir Mu. Tujuanya hanya satu...Untuk kembali menagis pada MU