Thursday, December 9, 2010

Ntah bila dapat kembali..


10 November 2010 - Jumaat

Bangun subuh terasa berat sekali.. kemudian kedengaran ayat Al-Quran di speaker.. maka dikuat kan hati untuk bangkit segera sebelum lena kembali.. Alhamdulillah kuasa Allah, Allah masih sayang kita.. masih idiberikan nafas untuk melangkah ketikar sejadah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.

Selepas selesai solat subuh, selesai bacaan Ma'thurat dan Hadis dari imam tangan bersalaman kemudian segera laksanakan rutin yang tidak berapa harian sedih rasanya. Kemudian bersandar pada tiang yang masih kosong. Apa yang pernah terdengar, ada 4 amalan yang digalakan untuk selepas solat subuh:

pertama: Berdoa
kedua: Berzikir
ketiga: Baca Al-quran
terakhir: Bertafakur (berfikir apa aktiviti nak buat pada hari tersebut)

-Indahnya menjadi muslim, terima kasih radio IKIM atas info diatas (sudah lama tak dengar)-

Selepas selesai apa yang hendak dilaksanakan, teringat kembali perbualan dengan bersama seorang senior, " Duduk di 3rd lagi ke?" nampak senior itu seperti tergesa-gesa segera saya menjawab "Aah di 3rd lagi" Pesananya sebelum pergi "Owh..baguslah.. jangan lupa untuk menghidupkan surau 3rd ya" terpana rasanya dan mengiyakan sahaja pesanan itu.

Terasa sayang untuk meninggalkanya. disinilah aku bertemu sebuah kehidupan, terlalu banyak hikmah yang diterima disini. Disini aku bertemu sahabat-sahabat (tak kira muslimin atau muslimat) yang banyak membantu dalam membimbing hati yang tak istiqamah ini. Disamping bergurau senda, bermesyuarat bersama, saling tegur menegur dengan hikmah terasa nikmat-Nya. Terima kasih banyak-banyak.

Disini insan berkasih sayang kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah. Semua saling bantu membantu, setiap masalah dihadapi bersama. Ada seorang junior bertanya "saya ingat masuk universiti ni dah tak boleh nak berkumpul lagi" segera dijawab "selagi surau masih wujud, selagi itu manusia boleh berkumpul untuk merapatkan ukhwah". Tapi berapa banyak manusia yang masih tidak mengambil kesempatan itu, lebih berminat mencari lain daripadanya.

Melihat jam didinding sudah terlebih masa, keadaan disini tidak mengizinkan untuk lama berada disini, ditakuti menggangu insan lain yang lalu lalang dihadapan ni. Tetapi seperti tidak mahu bangkit dari kedudukan ini. Dilihat puas-puas sekeliling tempat yang seperti mengimbau sejarah yang mungkin tidak dapat dikembali, hanya ingatan sebagai kenangan.

Akhirnya terpaksa juga dilepaskan, sebelum pintu ditutup ini dan dan dikunci, sempat mata ini hinggap di jam elektronik. Terima lah segala ketentua-Nya. Sebelum berlalu pergi, sempat mata menoleh kembali kearahnya, kemudian kembali memandang menara rebong TM yang mungkin tidak dapat ditemui pemandangan seperti ini lagi ditempat lain. Ketika menuruni tangga..sempat lagi mata kembali menjengah kearahnya untuk kali terakhir, terima hakikat ia perlu dilepaskan untuk generasi akan datang.

Sangat diharapkan, sahabat-sahabat lain yang masih ada meneruskan kesinambunganya, hidupkan lah ia sepertimana mana perlunya kita ini manusia untuk terus hidup. Ntah bila dapat kembali...

1 comment:

  1. "selagi surau masih wujud, selagi itu manusia boleh berkumpul untuk merapatkan ukhwah"... sgt suka word nie...selalu2 laa jenguk kami ea..nasihat dr seorang senior mcm abg hafiz amt kami perlukan...selamat meneruskan perjuangan ke alam yg lbh mncabar yer abg hafiz...:)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komentar anda.