Friday, November 26, 2010

"Exam" Allah Penebus Dosa..

Melihat kan sahabat yang yang dua tiga hari lepas sudah berbeza kini, Alhamdulillah sihat tubuh badanya apabila lepas melalui "Exam" Allah.. ini bermakna dua exam sahabat nie lalui, 'exam' dari Allah dan exam daripada manusia, tapi hakikatnya dua-dua datang dari Allah..

Kembali kepada sahabat saya yang selepas pulang sahaja dari kampung, telah mendapat ujian Allah, nikmat kesihatan ditarik sebentar oleh Allah untuk diuji keimananya kepada Allah iaitu ujian kesakitan, melihatkan seperti susah hendak bangun apabila sudah baring, bila nak duduk mesti nak baring juga, macamana tu, sandar je la mana yang patut..kesian diperhatikan hanya tolong mana yang mampu..

Pada ketika itu nak study punya pasal sahabat masih nk study juga, tapi atas katil..alamatnya..nk study nak taknak je, kejap2 bangung-bangun..tengok note, tertidur balik..letih agaknya..pastu menangung kesakitan lagi..otak dalam kepala pun munkin tak dapat mendalam untuk berfikir..

Apabila azan berkumandang disurau..agak lewat dia sadar, dan agak lewat dia buka matanya untuk melawan musuh Allah dalam ujian tersebut..masih digagahkan juga, di kuatkan kudrat untuk berjalan ke surau, walaupun perlahan.. naik tangga pun macam orang tua..selepas sembahyang..pergi ketempat paling belakang baring sambil terkumat kamit, mungkin berzikir agaknya..dah lama tu tertidur..sampai azan seterusnya..Masya Allah.. masih ada lagi kekuatan yang Allah berikan, walaupun bertarung dengan kesakitan...dan Exam..

Sepengatahuan saya mungkin esok atau lusa sahabat exam, bila diberitahu exam paper lusa..Allahmdulillah sahabat kini sihat walaupun taksepenuhnya.. masih seperti dahulu walaupun sakit ke, sihat ke,,tetap masih Allah diharapkan penunjuk jalan...

Bagaimana dengan kita..kita manusia ni baru dapat sedikit ujian , "sudah mula menyemburkan api ke langit" (ni lebih kurang macam pepatah) maksudnya mengeluh...mengeluh dengan siapa kita sebenarnya.. Kita tidak sedar, kita sebenarnya mengeluh dengan Allah, bila kita mengeluh sepertinya kita tidak bersyukur dan redha atas apa yang di ujian kan kepada kita.. Ingatlah kita hidup tak lama..esok lusa, kot-kot lepas kita exam, baru menghabiskan perkataan terakhir kita di kertas peperiksaan, kita telah dijemput oleh Allah..Waallahualam..

"Manusia yang paling Bijak, adalah Manusia yang selalu mengingati Mati"


Tuesday, November 16, 2010

Lembayung Ilahi..

Post kali ni tentang tajuk khutbah Eid Adha di Masjid Ar-Rahman.. Semester ni special sikit tak sambut di Kampung..nak merasa beraya di perantauan (perantau la sangat ya..

Lembayung Ilahi simbolik kepada tuntutan yang dilaksana oleh segelintir manusia yang berpeluang melaksakan Ibadah Haji di Kota Suci Mekah.. Tidak semua berkesempatan dapat pergi..hanya yang terpilih oleh Allah untuk menjadi tetamu istimewa-Nya.. Ibadah ini menuntut pegorbanan dari segi harta, tenaga, masa dan berkaitan dengan lah, bukan semata-mata sembelih lembu atau kambing sahaja ya..

Pengorbanan mengajar manusia erti kasih sayang antara manusia, kerana nilai pengorbanan yang yang dituntut dalam Islam amat besar nilainya disisi Allah.. Tanpa pengorbanan tidak akan mungkin Islam akan sampai ke Bumi Malaysia seperti yang dilaksanakan oleh sahabat-sahabat Rasulluallah sehingga pengorbanan mereka kita boleh lohat sehingga kini seperti hasil dakwah ke negara China..Indah kan pengorbanan tu..

Tapi malangnya manusia hanya mengenal erti pengorbanan masa Raya Eid Adha sahaja.. Masa tu lah lembu berlori-lori singgah ke masjid-masjid menghantar lembu utk dikorbankan.. Sampai ke tidak ke mereka yang benar-benar layak menerimanya.. tidak salah mereka yang kaya sekalipun untuk menerima daging korban tersebut.. tapi mungkin ada insan lain yang hanya mampu makan daging setahun sekali je..masa Raya Korban ini lah.. Tapi ada juga yang tidak peduli..yang penting perut mereka berisi.. "kenapa pulak nak fikir pasal orang lain, sebab orang lain pun tak fikir pasal kita"..mhmm.. Kesian

Dikisah pada zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniah seorang raja ketika itu telah menyamar menjadi seorang rakyat biasa yang miskin seperti bermusafir..dijadi kan cerita raja ini telah singgah di sebuah rumah yang sederhana kehidupanya..setelah dibenarkan masuk oleh tuan rumah, anak didalam rumah tersebut diarahkan oleh si ibu untuk menghantar makanan daging kerumah jiran sebelahnya.. apabila sampai kerumah jiran..jiran tersebut tidak mahu menerimanya kerana mereka tidak layak merimanya dan ada yang lebih layak untuk menerima pemberian tersebut, si anak pergi kerumah sebelah pula, alasan yang sama juga diterima sehingga kerumah jiran yang seterusnya sehingga sampai kerumah si anak itu sendiri.. Sayu dilihat raja itu akan pengorbanan rakyat kepada saudara islam mereka

Nampakkan kerana ikatan kasih sayang manusia, mereka sanggup berkorban untuk insan lain. Itulah kasih sayang yang Nabi Allah ajar pada kita..bukan memenuhkan perut sediri... banyak lagi cerita pengorbanan lagi2 dalam cerita perang zaman pemerintahan Islam.. Banyak2 sangat

Adakah sikap pentingkan diri sendiri masih beraja dalam diri kita? Fikir-fikirkan lah... Koreksi diri, hiasi peribadi. Wallahualam..

Friday, November 12, 2010

Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh



Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sultan Muhammad Al-Fateh sempat mengungkap wasiat yang amat berguna kepada anaknya. Demikian wasiatnya,


“Ayahnda bakal menghadap Allah SWT. Sedikit pun ayahnda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua ini telah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahnda pergi sudah ada penggantinya. Ayahnda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yanga adil. Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama Islam sebab itu adalah kewajiban raja-raja Islam. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan lain. Jangan lah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan agama. Jangan kamu lantik mereka yang tidak beragama menjadi pembantumu. Jangan kamu lantik mereka yang melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan yang penting. Hindari bidaah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkanya. Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali sesuai dengan peraturan Islam


Ayahnda berwasiat kapadamu anakndaku, hormatilah ulama. Jangan sekali-kali kamu lakukan perbuatan yang menyalahi dan bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama.


Kamu ambil pengajaran dari perjalanan hidupku. Ayahnada dilahirkan didunia ini seperti semut kecil. Kemudian Tuhan kurniakan kepada ayahnda nikmat-Nya yang bergitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah. Jangan kamu boros membelanja harta Negara dengan berfoya-foya ataupun bersenang lenang ataupub kamu gunakan lebih daripada yang sepatutnya sebab itu membawa kepada kehancuran kerajaanmu.”


Selesai berwasiat Sultan Muhammad Al-Fateh mengucapkan kalimah syahadah lalu menghebuskan nafasnya yang terakhir.


Walaupun wasiat ini khas diucapkan oleh anaknya..tetapi tempias dan tanggungjawab yang terkandung dalam wasiat sewajibnya kita laksanakan apabila kita digelar pemimpin samada sebagai pemimpin diri sendiri, keluarga, sahabat dan masyarakat.. Tapi malangya amat sangat kurang sekali dilaksanakan..kenapa? mungkin kerana kita lupa untuk mengingati sejarah yang sangat memberi pengajaran… Mungkin.. maka fikir-fikirkanlah… Wallahualam…

Tuesday, November 9, 2010

Tukar Nama Lagi...


Insha Allah ini adalah nama yang saya rasa terbaik di atas blog insan kerdil ini.. banyak kali juga tukar-tukar tiada yang menepati citarasa..

Akhirnya..selepas berakhirnya pembacaan kisah sejarah pejuang beliau.. ambil keputusan pinjaman nama ni.. agar dapat kita sama-sama merasai perjuangan beliau.. yang banyak kita boleh ambil iktibar.

Sultan Muhammad Al-Fateh yang di riwayatkan oleh Rasullullah kita sebagai ketua yang baik, mempunyai tentera yang baik dan rakyat yang baik.. maka tertawanlah kota Konstantinepal semasa dibawah pemerintahannya..

Walaupun mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam Kerajaan Uthmaniah tetapi sangat kuat beragama, paling rendah diri dengan sifat ketakwaanya dikalangan orang bawahanya.. Jika dibaca kisah perjuangan beliau ada gelak ketawa, dan dalam masa yang sama menitiskan air mata.. kerana tindakan dan keputusanya...

Jika ada kesempatan kita sama-sama membaca kisah-kisah sejarah pemimpin agung Islam yang mana boleh mengaktifkan roh Jihad kita Kerana Allah...Allahuakbar....

Saturday, November 6, 2010

Tunjukkan Islam itu Indah...


Masih terdapat lagi umat Islam yang malu untuk mempamerkan agama Islam yang mereka pegang.. Hakikatnya Islam itu untuk dipamerkan dan ditunjukkan kepada orang bukan Islam betapa indahnya Islam..dan bukan indah atas nama sahaja.

Islam sangat menekankan soal ibadat..ada ibadat yang perlu kita pamerkan contoh, Fardhu Haji, solat lima waktu, Zakat..semua ini kita kena tunjukkan, tapi ada yang beranggapan ditakuti akan mendatangkan sifat riak.. ini lah tanda syaitan sedang menghasut dan menggoda kita.. jika ini terjadi abaikan sahaja, istiqamah laksanakanya..insya Allah sifat itu akan beransur hilang..biarlah apa orang nak kata..

Dari segi pakaian..mhmm..macam-macam gaya ada... tidak salah mengikut trend..tapi ikutlah trend yang berlandaskan Islam, dari segi tudungnya, labuhnya sampai takat mana..saiz baju longgar macam mana... lelaki pun macam itu juga..tak ada salahnya main bola pakai seluar panjang...kalau kita betul hendak menang..ikut cara untuk menang dengan Islam..setiap kemenangan datang dari Allah..bukan semata-mata dari kita hamba yang hina... Wahuallam...ingatan untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat...:)