Saturday, January 22, 2011

Tanpa Tajuk.

Sudah sekian lama tidak kemaskini blog Muhammad Al-Fateh.. Kali ini insya-Allah akan teruskan konsistensi dan istiqamah dalam saling nasihat dan mengingati sesame manusia.

Firman Allah: Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (Surah Al-Asr ayat 1-3)

Dalam situasi kini, insan kerdil telah kembali seperti kehidupan seperti mana di zaman Universiti dahulu. Jika diizinkan, ingin sahaja kembali ke masa itu. Kehidupan dulu pergi s berjalan kaki pun boleh, tapi kini kena naik kenderaan (roda dua tanpa motor), itupun kadang2. Ujian-ujian, kalau tak kuat memang tak pergi langsung. Ya Allah tolong kuatkan aku untuk istiqamah dijalan-Mu. Tapi aku bersyukur pada-Mu ya Allah, tanpa ujian itu, mungkin aku kadangkala mengingati-Mu.

Tetapi kehidupan manusia itu tidak selalunya indah, maka sudah pastinya langit Ilahi tak selalu cerah dan malam kadangkala suram tanpa bintang. Wah… bermadah tak ingat…J. Adaptasi dari lagu je ni..

Untuk sahabat2 yang masih dalam perjuangan di Universiti, ingatlah perjuangan tidak hanya akan selesai disitu. Perjuangan mu selepas ini akan lebih dahsyat, lebih dahsyat daripada apa kamu fikirkan iaitu perjuangan menghadapi diri mu sendiri (nafsu). Tetapkan dan set kan dalam fikiranmu, manusia itu tidak akan lepas dan tidak akan boleh lari dari perjuangan (cuba kamu fikirkan perjuangan apa lagi?) selagi mana Malaikat Izrail tidak mencabut roh mu dari dalam dirimu..

Kuasa Sebuah Kasih Sayang..

Disalah sebuah kampung tidak pasti dimana, yang pasti ianya wujud J. Seorang pekebun yang memiliki sebuah kebun durian di kawasan rumahnya. Pada ketika itu musim durian berbunga sudah tiba. Si pekebun berangan-angan akan hasil durian yang dia akan perolehi. Tetapi ada sekumpulan makhluk Allah yang paling unik sudah mula mengintai-ngintai kebun durian tersebut. Dilihat kan mahkluk tu seakan tertarik dengan bunga yang sedang berputik di pokok durian itu.

Makhluk yang dimaksudkan adalah kera dan seangkatanya yang pakar bab-bab mencuri makanan di kawasan kampung. Kera tersebut tidak menunggu lama terus melulu dari dahan ke dahan untuk makan apa yang terhidang. Hampir kesemua bunga durian disitu hampir dilesapkan oleh sekumpulan kera.

Dijadikan cerita, apabila datang si pemilik kebun, geramnya bukan kepalang pekebun ini. Apa yang diangankan selama ini mungkin tak menjadi kenyataan. Menyumpah-nyumpah pekebun ini kepada makhluk tersebut. Kali ini dia nekad, akan menunggu makhluk yang menggangu itu, apabila terjumpa sahaja dia akan terus tembak. Dia tak kira, sabarnya sudah melebihi batasan.

Pada keesokkan harinya, pekebun ini dengan terus dengan niatnya untuk member makhluk tersebut. Tidak berapa lama kemudian, dari jauh dia nampak satu pokok yang sedang ligat bergoyang, dengan serta merta terus pekebun ini lari menuju ke pokok tersebut. Apabila sampai sahaja, dia mendongak keatas, dilihanta seekor kera sedang asyik membelasah bunga durian yang baru sahaja. Dengan segera pekebun ini mengacu senapangya kearah sasaranya.

BAMMMMM…….

Sunyi sepi keadaan kebun tersebut hanya kedengaran jeritan kera lain seperti memberitahu ahli lain yang seorang daripada anggota kumpulanya sudah cedera. Apabila pekebun ini melihat sasaranya telah mengena, tersenyum puas tanda dendamnya terbalas.

Apabila pekebun ini melihat darah telah membuak-buak keluar dari badan kera ini, terkulai layu kera tersebut, seterus jatuh. Belum sempat ia jatuh dari dahan tersebut, sempat tangan kera ini berpaut pada dahan lain. Bila diamati oleh pekebun ini, maka jelaslah kera yang ditembak oleh pekebun ini adalah seekor ibu kera, dana anaknya berpaut menjerit meronta ketakutan di tengkuk ibunya itu apabila melihat ibunya telah ditembak, mujurlah anak kera tersebut tidak menjadi sasaran peluru pekebun.

Disaat nyawa ibu kera ini dihujung tanduk, dengan darah yang membuak-buak terus menitis ke bumi. Pada saat itu juga, ibu kera ini, mengambil anaknya terus disusukan, walaupun dirinya lemah untuk berbuat demikian bagi meredakan kesedihan si anak kera itu. Begitu kuatnya kuasa kasih sayang antara dua makhluk itu, walaupun akal mereka tidak sesempurna manusia. Maka sayu pekebun ini apabila melihat kelakuan si ibu kera yang hampir tiada daya lagi. Air mata pekebun ini mula merenak, perasaan serba salah menerjah dalam dirinya. Apa yang dilihatnya, tidak pernah terlintas difikiranya.

Apabila selesai si ibu ini melaksakan tanggungjawab menyusu anaknya. Dipegang anak, dan diletakkan ditempat yang tinggi. Sejurus selepas itu… BUKK! Ibu kera ini jatuh dan sedang bergelut dengan nyawa nya yang masih bersisa.. sayu si pekebun ini merenungya. Kemudian si ibu kera ini akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lantas suara jeritan kera-kera lain semakin lama, makin menghilang, mungkin sudah ketakutan…

Bila difikirkan semula, begini kuatkah kuasa sebuah kasih sayang dalam kehidupan manusia berbanding haiwan yang tidak sempurna akalnya. Bagaimana kita manusia? Adakah kasih sayang kita sesama manusia selari dengan akal fikiran kita yang sempurna ini? Segelintir manusia lebih teruk dari haiwan ada, anak yang dilahirkan ditinggal ditepi jalan, dalam tandas dan lebih teruk lagi dalam tong sampah. Bayi itu tidak diminta dilahirkan, tetapi manusia itu yang bertanggungjawa melahirkanya.

Tentunya malu Nabi Allah kita akan melihat akan umatnya semakin jauh dengan tuhanya.