Thursday, October 13, 2011

8 Oktober 2011

Sudah masuk minggu ke berapa blog ini sudah lama tidak dikemaskini. Terlalu banyak ingin dikongsi kepada insan yang sudi untuk berkongsi J


8 Ok tober 2011, Majlis Istiadat Konvokesyen untuk fakulti Perakaunan dan Perniagaan. Selesai 4 tahun aku bergemulang dengan buku-buku akedemik yang masih ada lagi atau tidak dalam simpanan. Sepanjang 4 tahun di Universiti Malaya, banyak perkara yang dipelajari, dan lagi banyak yang belum diteroki kerana sikap yang hanya kadang kala cenderung kepada bidang yang diceburi. Sikap yang tidak seharusnya diamalkan. Para ilmuan dahulu terlalu banyak bidang yang mereka ceburi sehingga mereka benar-benar pakar dalam bidang tersebut. Tapi sayang sikap ini tidak diniatkan sebelum ke alam universiti.


Di tahun pertama ‘study’. Pergh.. sangat mencabar, dikalangan kami bijak-bijak belaka, ‘pointer’ memang gempak-gempak semua, sangat memberi kesan saikologi dalam meneruskan ‘study’ dalam peringkat ini. Boleh dikatakan kesemua kelas yang kena masuk semua tak faham apa ‘lecturer’ cakap, semua ‘speaking english’. Beli buku punya tebal tapi satu apa tak faham. Kadang-kadang ‘down’ sekejap. Ada juga kawan rapat yang terus berhenti. Tapi, dikuatkan semangat, istiqamah kan hati juga dalam perjuangan walaupun terpaksa.


Sekian lama keadaan jadi seperti biasa, ramai kawan membantu walaupun malu nak bertanya, tebalkan muka je la. Yang paling penting niat belajar kerana Allah. Pernah sekali tulis perkataan orang putih, siap diorang gelakkan, memang malu. Tapi nak buat macam mana kita betulkan je la kesilapan kita.


Saat terus berdetik, minit terus berjalan, jam terus berpusing, hari terus berganti, banyak pengalaman telah dilalui terutama sekali dalam JKP Balai Islam. Disana belajar berorganisasi, mengurus, memimpin, berkomunikasi, seterusnya memimpin generasi (adik-adik balai islam sangat seronok dengan anda semua, sebuah pertemuan tidak mungkin terjadi tanpa perpisahan). Walaupun dalam kumpulan yang kecil, sebab untuk memimpin kumpulan yang besar mesti bermula dengan kecil.


Buat adik-adik yang masih berjuang belajar, teruskan berjuang walaupun bukan memegang senapang. Belajar juga satu perjuangan dalam mendidik hati dan sikap menjadi istiqamah kerana Allah. Kepada insan yang sudi menjengah ke blog ini harap dapat manfaat walaupun sikit, sebagai saham diakhirat kelak.