Saturday, April 21, 2012

“ Ini Bumi Anbiya’ ”



Ini adalah pengalaman dari seorang ustazah mengenai akhlak seorang anak kepada bapanya. Ustazah ini digelar oleh bapanya sebagai Kak Chik. Beliau bersama bapanya telah diamanahkan untuk menguruskan jemaah umrah dari Malaysia.

Pada satu ketika bapanya telah mengumpulkan kesemua passport milik jemaah untuk dimasukkan dalam satu beg. Kemudian beg tersebut telah dimasukkan bersama sekali dengan beg-beg jemaah yang lain kedalam bas untuk ke pusat pemeriksaan. Setibanya sampai disana, pegawai pemeriksaan telaj meminta passport tersebut, tapi malangnya passport tersebut telah bercampur aduk dengan beg-beg jemaah lain yang sepatutnya pasport tersebut perlu dipegang oleh jemaah masing-masing.

Maka terpaksalah ustazah ini mengeluarkan beg-beg tersebut dengan perasaan geram bercampur marah. Dengan kudrat seorang wanita dengan panas teriknya, bapanya perasan akan perubahan pada iras muka anaknya. Maka ditegur oleh bapanya, “Kak chik ini bumi anbiya’” Anaknya masih tidak mempedulikan teguran bapanya. Ditegur sekali lagi anaknya “ Kak Chik ini Bumi Anbiya’” Berulang kali bapanya menasihati dengan kalimah tersebut.

Apabila semua urusan selesai, ustazah ini naik ke bas dengan persaan marah, tapi masih ada rasa terkilan dihatinya akan perbuatanya sebentar tadi. Kemudian ayahnya naik dan mendekati anaknya. “Kak Chik, Kak Chik kena minta maaf dengan ayah, Kak Chik telah menguriskan hati ayah ini Bumi Anbiya’, walaupun Kak Chik seorang ustazah perbuatan itu Kak Chik tahu salah, Kak Chik kena minta maaf dengan Ayah” Tanpa berkata panjang lalu dicapai ustazah ini tangan ayahnya dan menangis semahu-mahunya, jemaah yang lain kehairanan akan perbuatan dua beranak ini.

Sekarang ustazah ini mengerti, betapa mulia dan hikmahnya seorang ayah mendidik anaknya, walaupun anaknya seorang ustazah. 

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda.