Saturday, April 3, 2010

Think....!

Akhirnya insan ini berkelapangan juga untuk post sesuatu sepanjang x update blog ni.. buat selamanya bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih diberikan nikmat hidup untuk insan meneruskan sisa perjuangan yang tidak tahu bila ianya akan berakhir, sebagai manusia anggaplah beribadat seperti kita akan mati esok hari, bekerja dan berusahalah seperti kita hidup seribu tahun lagi..ini lah syarahan yang selalu didengari kita dahulu oleh khatib Solat Jumaat, semasa diperingkat awal remaja, dan sekarang ungkapan itu sudah jarang sekali didengari..yang paling kita sebagai tidak berhenti berusaha dan terus mencari rezeki yang dikurniakan kepada setiap makhluk..

Alhamdulillah kelmarin insan ini akhirnya kuatkan diri juga untuk berkongsi ilmu dalam slot selepas maghrib...insan ini sebenarnya agak gementar apabila memberi tazkirah..mungkin tidak diperaktikan agaknya...tapi apabila tazkirah hendak dimulakan, pada awalnya mic tidak mahu di 'ON', krn apa, tidak mahu menggangu usrah muslimat disurau KK3..tapi akhirnya insan ini dapat sms, yang tazkirah itu tidak jadi..memang pada mulanya agak kurang semangat...tapi insan ini cuba lawan juga...dan akhirnya, semangat itu kembali semula..tapi adakah tindakan itu ikhlas insan ini laksanakan..insan itu takut apa yang dilakukan tidak ada keihlasan, mungkin membuat sesuatu perkara mungkin disebabkan insan lain, bukan kerana Allah, insan ini terlalu lemah untuk menghadapinya..insan ini cuba lawan lagi, selagi mana yang mampu...

Permulaan bicara, baru nak mula buka majlis ni...suara turun naik..tak konsisten..kemudian tarik nafas...kurang sikit...terus mulakan...ha..dari situ bermulah tazkiran kali ketiga insan ini di surau kolej kediaman ketiga. insan ini terlalu banyak kekurangan dalam segi penyampaian. cuba untuk memperbaiki dari masa kesemasa..sebenarnya insan ini banyak perkara hendak dikongsi, tapi terungkap apabila berbicara..MasyAllah..Bantulah hamba mu ni Allah...terlalu lemah sangat..

Tajuk tazkirah yang hendak dikongsi mengenai FIKIR..berfikir setiap insan akam melalui, dan cara mereka berfikir berbeza. dalam tazkirah ini insan ini mengambil input dari kitab IHYA' ULUMUDDIN karangan Imam Al-Ghazali yang telah diterjemahkan bahasanya...buku ini sangat menarik dibaca dan memberi kesan kepada pembaca jika mendalam memahaminya. Apa yang boleh dirumuskan ialah dalam tazkirah yang insan ini sampaikan...ada 4 perkara yang insan atau manusia perlu fikirkan Pertama : KETAATAN, Kedua : KEMAKSIATAN, Ketiga : PERKARA YANG MEROSAKKAN, Keempat : SIFAT YANG MENYELAMATKAN...

Harapan insan ini agar dapat terus bertahab dan istiqamah dalam menuju Redha Allah..banyak dugaan insan ini lalui..tetapi bagaimana insan ini hadapi...? FIkiRLah...

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda.