Saturday, March 20, 2010

Azimat Ibunda & Insan Pewaris Bangsa...

Dua buah lagu nasyid yang dibawa bertanding dalam pertandingan nasyid festival seni Universiti Malaya utk kolej kediaman 3...Banyak halangan, pahit getir, rintangan yang perlu dirempuhi bagi melaksanakan tugas sebagai pengurus nasyid. sedikit letih juga, tapi puas kerana sempurna sudah amanah ini, walaupun hasilnya tidak memberangsangkan.

Jika dilihat dari segi lahiriahnya kami berkumpul bernasyid disurau, walaupun ada yang datang ada yang x datang, itu suma cabaran sebagai insan ini untuk melatih insan ini = bersabar dalam melaksnakan tugas..Disurau kami bernasyid walaupun suara x sedap, tapi insyAllah mungkin niat baik kami ini dipandang mulia oleh Allah swt.

Sepanjang latihan nasyid berlangsung banyak suka duka, gelak ketawa, gelagat ahli ketika bernasyid..tapi memang seronok, walaupun perangai orang lain2 tapi still boleh tolerate lagi..Pertandingan nasyid sudah 2 3 hari berlalu, mungkin selepas ini mungkin amat jarang sekali berkumpul dan bersua, tetapi insyallah, selagi ada no phone tersimpan dalam HS masing2, insyallah mugkin x lupa kot, harap2 harap la.

Untuk junior lelaki nasyid, anda adalah pemangkin bagi meneruskan dakwah ini.. walaupun anda mempunyai minat muzik yang berbeza, cuba lah terapkan sekali teliga anda semua dengan alunan lirik nasyid yang mungkin memberi peringatan dan ingatan dalam kehidupan sekalian.

Untk insan muslimat yang berada disurau, terima kasih kepada kalian, kerana mampu menahan telinga anda mendengar suara kami yang x sedap..tapi itu lah tempat paling sesuai utk kami berkumpul..

Untk insan muslimat yang pada mulanya ingin mnyertai nasyid, insan ini minta maaf kerana terpaksa menolak permintaan anda, saya yakin anda ikhlas untuk menyertai, tetapi keputusan terpaksa dibuat bagi menjaga kemaslahatan Ummah, saya tetap dengan pendirian saya walaupun di sindir oleh orang lain.. walaupun kolej lain ada menghantar penyertaan muslimat, biarlah mungkin mereka ada pendapat mereka sendiri. bagi saya ini lah yang saya rasakn terbaik untuk anda...

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda.