Sunday, February 21, 2010

Bila Insan Terleka

Kadang-kadang insan ini terleka, bahawasanya Allah itu maha melihat, mendegar, melihat segalanya sempurna bagi Allah insan ini lupa untuk memahaminya. Insan ini sangat-sangat memerlukan bimbingan yang berterusan, agar dapat kembali kejalan yang diredhai. Tetapi mengapa insan ini selalu mengabaikanya? dan kenapa?. Sedangkan insan ini tahu kesan dan impak terhadap perkara yang dilakukan, lebih-lebih lagi insan ini sudah mengetahui akan perkara sudah terang, jelas lagi bersuluh perkara itu sangat-sangat dilarang.

Ya Allah padamu tempat insan ini bergantung yang mengharapkan hidayah dan diberikan peluang untuk memeperbaiki insan ini yang lemah. Insan ini mengharapakan suatu hari nanti dikuatkan dan ditetapkan pendirian sepertimana Sahabat-sahabat Rasulullah yang begitu kuat pegangngan mereka.

Ya Allah, kembalikan insan ini kejalan redha Mu...

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda.