Wednesday, September 7, 2011

“Padam, Wahai Ali”

Kisah ini berlaku apabila orang Quraisy mula takut dan membuat keputusan membuat perjanjian damai dengan Muhammad. Mereka telah menghantar Suhail Bin Amr kepada Muhammad.


Selepas selesai perbincangan, isi perjanjian tersebut mula ditulis. Muhammad memanggil Ali supaya menuliskan perjanjian. Saksi kepada perjanjian tersebut adalah sekumpulan wakil daripada pihak Quraisy dan sekumpulan wakil daripada orang islam.


Muhammad berkata, “Tulis, wahai Ali, dengan Bismillah al-Rahman al-Rahim.”


Suhail tidak bersetuju. Suhail berkata, “Kami tidak tahu berkaitan dengan al-Rahman. Tulis sahaj Bismikallahumma.”


Ali berkata, “Aku sudah tulis.”


Suhail berkata. “Padam semula.”


Dari awal penulisan perjanjian ini, berlaku pertikaian antara Suhail dan Ali.


Muhammad berkata kepada Ali, “Padam wahai Ali.”


Ali berkata, “Wahai Muhammad, bagaimana aku hendak memadam nama Allah?”


Muhammad bertanya,”Mana dia tempat yang bertulis nama Allah itu?”


Muhammad pun memadamnya dengan tangan beliau sendiri.


Muhammad berkata, “Tulis. Inilah yang dipersetujui oleh pesuruh Allah dan Suhail.”


Suhail tidak bersetuju lagi. Suhail berkata,”Kalau aku percaya engkau pesuruh Allah, tentu aku tidak memerangi kamu. Tulis Muhammad Bin Abdullah.”


Orang Islam mula tidak senang dengan sikap Suhail yang keras. Muhammad meminta Ali memadamkan kalimah pesuruh Allah.


Ali berkata,” Bagaimana aku hendak memadam kalimah pesuruh Allah?”


Muhammad bertanya dimana perkataan itu, Muhammad pun memadamnya dengan tangan beliau sendiri.


Muhammad memang mahu perdamaian walaupun beliau mempunyai hak, tapi bagi tujuan kemaslahatan Ummah. Rasulullah sanggup ketepikan atas hak tersebut. Itu lah Muhammad Bin Abdullah sayangnya baginda kepada umatnya sehingga kini Umat Islam masih lagi merasainya..

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda.