Friday, November 12, 2010

Wasiat Sultan Muhammad Al-Fateh



Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Sultan Muhammad Al-Fateh sempat mengungkap wasiat yang amat berguna kepada anaknya. Demikian wasiatnya,


“Ayahnda bakal menghadap Allah SWT. Sedikit pun ayahnda tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana semua ini telah ditakdirkan. Tambahan pula sekiranya ayahnda pergi sudah ada penggantinya. Ayahnda berwasiat kepada kamu, jadilah pemerintah yanga adil. Berilah perlindungan dan keadilan kepada rakyatmu tanpa pilih kasih. Kamu hendaklah menyebarkan agama Islam sebab itu adalah kewajiban raja-raja Islam. Utamakan kepentingan agama melebihi kepentingan lain. Jangan lah kamu lengah dan lemah dalam usaha menegakkan agama. Jangan kamu lantik mereka yang tidak beragama menjadi pembantumu. Jangan kamu lantik mereka yang melakukan dosa-dosa besar dalam jawatan yang penting. Hindari bidaah dan khurafat dan jauhi mereka yang menyuruhmu melakukan perbuatan seperti itu. Terus berjihad bagi membela agama dan meluaskan pemerintahanmu. Jagalah harta baitulmal dan jangan bazirkanya. Jangan kamu ambil harta rakyat kecuali sesuai dengan peraturan Islam


Ayahnda berwasiat kapadamu anakndaku, hormatilah ulama. Jangan sekali-kali kamu lakukan perbuatan yang menyalahi dan bertentangan dengan hukum Islam. Agama itu tujuan kita, dan kita menang juga kerana agama.


Kamu ambil pengajaran dari perjalanan hidupku. Ayahnada dilahirkan didunia ini seperti semut kecil. Kemudian Tuhan kurniakan kepada ayahnda nikmat-Nya yang bergitu besar. Bekerjalah kamu bagi meninggikan agama Allah. Jangan kamu boros membelanja harta Negara dengan berfoya-foya ataupun bersenang lenang ataupub kamu gunakan lebih daripada yang sepatutnya sebab itu membawa kepada kehancuran kerajaanmu.”


Selesai berwasiat Sultan Muhammad Al-Fateh mengucapkan kalimah syahadah lalu menghebuskan nafasnya yang terakhir.


Walaupun wasiat ini khas diucapkan oleh anaknya..tetapi tempias dan tanggungjawab yang terkandung dalam wasiat sewajibnya kita laksanakan apabila kita digelar pemimpin samada sebagai pemimpin diri sendiri, keluarga, sahabat dan masyarakat.. Tapi malangya amat sangat kurang sekali dilaksanakan..kenapa? mungkin kerana kita lupa untuk mengingati sejarah yang sangat memberi pengajaran… Mungkin.. maka fikir-fikirkanlah… Wallahualam…

1 comment:

Sila tinggalkan komentar anda.