Bekerja disalah sebuah shopping complex di Melaka cukup mencabar. Setiap hari berhadapan dengan berbagai ragam manusia yang pelbagai jenis pakaian yang dipakai.
Ketika baru diterima bekerja, masih belum memahami kata-kata seorang ustaz yang dihadiri. Ketika bersalaman dengan beliau, beliau sempat bertanya dimana bekerja sekarang? Shopping complex. Kemudia salah satu nasihat diberikan supaya "Jaga Iman". Ketika itu tidak memahami. Telah sekian lama baru mengerti. Terima kasih ustaz kerana mengingatkan.
Eksplorasi Hati
Strive Excellent, Live as a Mujahid, Die as a Syahid...
Monday, January 14, 2013
Thursday, October 18, 2012
Ihfazillah Yahfazka..
Ini sekadar perkongsian agar kita sama-sama dapat manfaatnya.
Apa kata kita sama-sama amalkan sebagai satu motivasi untuk kita dalam melakukan perkara kebaikkan.
Sebelum kita melakukan apa-apa perkerjaan, tak kira hendak belajar ke, sembahyang, kerja dan sebagainya. Lakasanakan perintah Allah dahulu walaupun kerja yang kita akan lakukan hanya sebentar. Lebih-lebih lagi apabila kita menghadapi sebarang masalah, lihat lah diri, tanya diri kita, adakah masih ada perintah Allah yang masih belum kita laksanakan.
InsyaAllah. Kita Menjaga Allah, Allah tidak segan silu menjaga kita

Manusia... oh Manusia...
Manusia yang tahu, tidak semestinya dia sedar. Manusia yang sedar semestinya dia tahu.
Apabila melihat keadaan masyarakat di Malaysia, banyaknya telah mengalami sindrom manusia yang tahu, tapi tidak sedar. Sebagai contoh tahu solat itu wajib, tapi tidak laksanakan. Tahu rokok tu haram, tapi merokok juga, termasuk tok imam yang tidak boleh tinggal tabiatnya. Apatah lagi manusia biasa yang tidak punyai ilmu tapi lebih baik berbanding orang yang ada ilmu tapi buat juga perkara yang dilarang.

Friday, September 7, 2012
Hal Suami Isteri :)
Jiran sudah separu abad umur saya pagi-pagi sudah tegur sapa kami yang sedang siap siaga hendak keluar kerja.
Diakhir perbualan kami, beliau memberikan kami tips suami isteri bahagia kata beliau "Nak suami isteri bahagia senang je, isteri jangan buat benda yang suami tak suka, dan suami jangan buat benda yang isteri tak suka insyaAllah bahagia dan seterusnya akan ada sentiasa muafakat"

Syair Untuk Ibu Seluruh Dunia
Wahai Ibu
Melalui dirimu lah Allah telah memunculkan
kami dialam semesta ini.
Meskipun engkau harus merasakan dan
menanggung pedihnya penderitaan dan kesengsaraan.
9 Bulan engkau mengandungkan kami
dan selama itu Allah mengkhabarkan bahawa engkau menderita sekali
Sebaik engkau selepas penderitaan
mengandungkan kami, lalu bertambah derita kamu akibat melahirkan kami.
Wahai ibu yang mulia
Berapa banyak telah engkau lahirkan
para dermawan yang telapak tanganya selalu memberi.
Berapa banyak engkau telah melahirkan
generasi-generasi baru yang akan terjun kedalam pelbagai arena kehidupan
Wahai ibu yang mulia
Sungguh engkau sering engkau
berjaga malam kerana tidak bisa tidur, sementara air susu dari kedua putingmu selalu
memberikan khasiat kepada kami
Pernah sepanjang malam air
matamu menitis, ketika duri menusuk salah satu tangan kami
Ibu yang mulia
Tangan kananmu selalu menjadai
bantal kami sedang tangan kirimu mendekatkan payudaramu kemulut kami,
Ketika kami mendapatkan
kebaikkan, ibu yang mulia merasa sangat gembira.
Kegembiraanmu jelas terlihat
pada ukiran senyum mu, senyummu yang dapat menhidupkan kembali semangat kami,
Namun jika ada hal buruk
yang menimpa kami, kami melihat kesedihan pada diseluruh wajahmu
Sesungguhnya engkau hamba
Allah yang termulia yang selalu berada disisi kami kerana itu lah Allah
memberikan dorongan kepada kami untuk meraih keredhaan Mu
Wahai Ibu
Hal itu kami lakukan agar
Tuhan meredhai kami, pada diri mu ibu yang mulia terdapat petunjuk anugerah dan
semua kebaikkan.
Jika kami durhaka kepada mu,
maka nerakalah menjadi tempat kembali kami
Syair Nukilan Syeikh Abdul Rahman As-Soghuri
Ibu Ayah Mertuaku Yang Dikasihi
Sunday, August 19, 2012
Akhirnya..
Tanggal 26 Mei 2012, selepas asar, maka selamat majlis pernikahan antara saya dan isteri saya Farahsyazana Iryani Syam Bt. Termizi.
Sebelum tarikh keramat itu tiba, seringkali saya memohom petunjuk dari Allah, "Ya Allah Jika benar jodoh ku untuk nya Ya Allah, maka kau permudahkan kan urusan ini, Jika jodohnya ada lebih baik pada pandangan-Mu Ya Allah, maka engkau tabahkan hati kami, sesungguhnya hanya engkau yang layak yang menentukan kami hanya merancang dan sebaik perancangan hanya dari-Mu."
Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah

Kini bergelar Suami Isteri :)
Anak Buah Yang Ligat
Sahabat Handai Yang Meraikan
Saturday, April 21, 2012
“ Ini Bumi Anbiya’ ”
Ini adalah pengalaman dari seorang ustazah mengenai akhlak
seorang anak kepada bapanya. Ustazah ini digelar oleh bapanya sebagai Kak Chik.
Beliau bersama bapanya telah diamanahkan untuk menguruskan jemaah umrah dari
Malaysia.
Pada satu ketika bapanya telah mengumpulkan kesemua passport
milik jemaah untuk dimasukkan dalam satu beg. Kemudian beg tersebut telah
dimasukkan bersama sekali dengan beg-beg jemaah yang lain kedalam bas untuk ke
pusat pemeriksaan. Setibanya sampai disana, pegawai pemeriksaan telaj meminta
passport tersebut, tapi malangnya passport tersebut telah bercampur aduk dengan
beg-beg jemaah lain yang sepatutnya pasport tersebut perlu dipegang oleh jemaah
masing-masing.
Maka terpaksalah ustazah ini mengeluarkan beg-beg tersebut
dengan perasaan geram bercampur marah. Dengan kudrat seorang wanita dengan
panas teriknya, bapanya perasan akan perubahan pada iras muka anaknya. Maka
ditegur oleh bapanya, “Kak chik ini bumi anbiya’” Anaknya masih tidak
mempedulikan teguran bapanya. Ditegur sekali lagi anaknya “ Kak Chik ini Bumi
Anbiya’” Berulang kali bapanya menasihati dengan kalimah tersebut.
Apabila semua urusan selesai, ustazah ini naik ke bas dengan
persaan marah, tapi masih ada rasa terkilan dihatinya akan perbuatanya sebentar
tadi. Kemudian ayahnya naik dan mendekati anaknya. “Kak Chik, Kak Chik kena
minta maaf dengan ayah, Kak Chik telah menguriskan hati ayah ini Bumi Anbiya’,
walaupun Kak Chik seorang ustazah perbuatan itu Kak Chik tahu salah, Kak Chik
kena minta maaf dengan Ayah” Tanpa berkata panjang lalu dicapai ustazah ini
tangan ayahnya dan menangis semahu-mahunya, jemaah yang lain kehairanan akan
perbuatan dua beranak ini.
Sekarang ustazah ini mengerti, betapa mulia dan hikmahnya
seorang ayah mendidik anaknya, walaupun anaknya seorang ustazah.
Subscribe to:
Posts (Atom)