Friday, March 19, 2010
Kem Pemantapan Rohani..Dah Mantap ke?
Insan ini akhirnya post something lagi untuk dikongsi...insan ini seperti suka untuk menaip setiap perkara penting yang mungkin dapat dijadikan pengajaran atau iktibar untuk dikongsi..Kita manusia kan, x lepas dari kesilapan...insan ini masih kadang-kadang tidak mampu untuk mengucapkan sesuatu dihadapan orang ramai seperti memberi nasihat...
Pada post kali ini, ingin berkongsi pengalaman mengenai program yang diikuti di Universiti Malaya...aktiviti ini atau dikenali sebagai kem pemantapan rohani telah diadakan pada 12,13 & 14 mac 2010...iaitu jumaat sampai ahad..banayak aktiviti yang dijalankan memang seronok dan kelakar pun ada, tapi memang best dan sedikit penat tu biasa...ada insan lain mengatakan, kita sebagai manusia jangan biarkan diriberhenti dari usaha, walaupun lelah untuk melakukan itu lah tanda manusia muslim yang mampu mengorak langkah mendepani cabaran mendatang...
berbalik kepada program ini, program adalah anjuran JKP Balai Islam, dan program ini juga atau dikenali sebagai projek dikendalikan seluruhnya oleh pelajar tahun pertama..diucapkan syabas dan tahniah memandangkan projek ini julung2 kali diadakan tanpa ada pengalaman lalu yang boleh dijadikan panduan..memandangkan ada senior a yang membantu akhirnya projek ini berjalan seperti yang dirancang walaupun ada sedikit kesilapan dan kekurangan yang melanda..tapi itu biasa kan...
Menerasi nama projek yang ditetapkan, amat jelas dan direct tujuan projek ini dijalankan utk memantapkan rohani...tetapi secara peribadinya projek ini lebih kepada menguatkan fizikal dan keyakinan diri...ini kerana sebahagian aktivit yang melibatkan rohani tidak dapat dilaksanakan seperti qiamullail, tapi mungkin sebab salah tulis perkataan qiamullail, jadi qiamollail...tapi x mengapa, mungkin dapat dilaksanakan apabila selesai projek ini...
Sepanjang projek ini berlangsung, antara aktiviti yang dijalankan seperti paintball, LDK, jungle tracking, river navigation, xplorace, ceramah mengenal diri dan kuliah disamping aktivit wajib yang lain...
Sepanjang kem ini berlangsung banyak perkara baru diperolehi, pengalaman yang ditimpa, yang pastinya hubungan antara ahli dapat ditingkatkan..pada masa ini masing2 saling bergantung antara sama lain, disinilah masing mengenal sesama mereka, terpancar senyuman walaupun penat...
Disini hendak disimpulkan, adakah projek ini memberi kesan kepada rohani sendiri, hanya empunya badan sahaja yang tahu...ada seorang staff pengurusan di kem tersebut ada menyatakan pendapat mungkin seperti cadangan untuk kem ini.." memandangkan projek ini kunci nya utk rohani sepatutnya kita lebih mendekat diri kita kepada Allah seperti berzikir berulang kali" ini mungkin pendapat beliau. ini kerana bagi beliau apabila melakukan aktiviti zikir mungkin mendatang lebih rasa kehambaan dan mencapai objektif projek ini...insyallah pada tahun hadapan dapat di perbetulkan kembali agar kembali kepada matlamat asal...
Sebenarnya banyak yang disampaikan oleh hamba Allah tersebut, terlalu banyak, mungkin akan memberi kesan kpd kita. Ha... lagi satu berkaitan dengan cara menegur sahabat lain utk melakukan kebaikkan kita, dia ada memberitahu, apabila kita hendak menegur seseorang, bercakap dan tegurlah melalui hatinya...bukan dari telinga, ini kerana hati lebih memberi kesan daripada teliga yang mendegar..ada seorang hamba Allah mengadu kepada Tuk Guru nya. Mengapa dia telah menegur sahabatnya, tapi still tidak diterima, tok guru tu menjwb mudah je, di suruh hamba Allah ini pergi smbahyang taubat...hendak dipendekkan cerita, maksudnya disini, sebelu kita hendak perbetulkan orang kita perbetulakn diri kita sediri dan perbaiki hubungan kita dengan Allah macamana sebelum menegur insan lain...panjang juga celoteh beliau, tapi nasib sempat makan lepas tu, kalo x kempunan kami...hehe...
Mungkin ada tulisan yang tidak dapat difahami...tapi itulah kelemahan insan ini:D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komentar anda.