Friday, March 19, 2010

Hati....Allahuakbar

Seringkali insan ini trasa amat pedih dan terseksa sekali dengan ujian yang yang tidak diduga...tapi hikmahmya masyAllah, hanya Allah yang tahu betapa nikmat ini tidak semua insan manusia dapat merasainya...tetapi manusia pada masa kini senantiasa gembira apabila dirinya tidak diuji atau diberi cabaran. Kerana setiap dugaan menimpa tanda Allah masih sayang dan ingat pada kita.

Kini insan ini dalam hati berlaku konflik yang amat meragukan pada diri sendiri..dan insan ini sedaya upaya untuk mengabainya...supaya diri ini dekat dan ikhlas untuk pencipta..tetapi insan ini manusia dan selalu terlupa sehingga melayang pemikiranya entah ke mana...adakah patut insan ini mengabaikanya? rasanya hati ini berat kepada tidak patut..kadang2 tidak mampu dan menyebab insan ini bercakap sendirian dan membayangkan sesuatu yang belum lagi terjadi

Memandangkan insan ini masih belajar, dan banyak tanggungjawab yang belum lagi dilaksanakan terutama kepada ibu bapa dan semua ahli keluarga...dikala insan ini bersendirian, dikala itu insan ini teringat akan dosa maksiat yang dilakukan..dikala itu secara selarinya air mata insan ini akan beronak di anak mata yang terus tidak mampu untuk menahanya terus jatuh apabila mengenangkan..tetapi malangnya, muhasabah itu hanya sementara, tidak berapa lama kemudian insan ini akan ketawa semula, dan lupa akan kejadian tadi kepada Allah...

Dalam hati insan ini ada dua insan yang mengusik..dan itu lah dugaan yang menimpa diri ini...semoga dengan dugaan ini, insan ini akan lebih dekat kepadanya...insyallah............

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda.